11 Tahun Bersama Running Man, Lee Kwang Soo Sah Tarik Diri
Memetik laporan allkpop, agensi Lee Kwang Soo tersebut berkata,
“Kami mengesahkan bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan program ‘Running Man’ di bawah SBS setelah tamat rakaman terakhirnya pada 24 Mei depan.
“Setelah terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu, Lee Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala namun, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikal supaya dapat menunjukkan prestasi yang baik dalam program itu.
“Berikutan itu, Lee Kwang Soo mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, kru, rakan-rakannya, dan juga agensi tersebut, dan akhirnya membuat keputusan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih secara fizikal dan mental.
“Kerana ia adalah program yang disebut Lee Kwang Soo sebagai rumahnya selama 11 tahun terakhir, sukar baginya untuk mengambil keputusan ini.
“Namun, itu tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa depan.
“Kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas cinta yang mereka tunjukkan kepada Lee Kwang Soo di ‘Running Man’, dan Lee Kwang Soo berjanji akan kembali semula dengan kesihatan dan emosi yang lebih ceria kelak”.
Pada 2020, Lee Kwang Soo terlibat dalam kemalangan kereta dan dia mengalami patah di pergelangan kaki kanannya.
Namun, dia masi mengambil bahagian dalam penggambaran ‘Running Man’ dengan bintang lain selama beberapa minggu.
Sama-sama kita doakan agar Lee Kwang Soo sembuh dengan segera dan dapat kembali bersama ‘Running Man’ kelak.