Langgar SOP, Sekumpulan Individu Berpelukan Di AJL36 Dikompaun – Manis Madu
Langgar SOP, Sekumpulan Individu Berpelukan Di AJL36 Dikompaun

Langgar SOP, Sekumpulan Individu Berpelukan Di AJL36 Dikompaun

Polis menjalankan siasatan berhubung tindakan sekumpulan individu berpelukan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) kelmarin.

 

Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette)

Menurut beliau, semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

 

“Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa Empat.

 

“Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya dalam kenyataan.

 

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak Covid-19.

Sumber Gambar: Malaysia Gazzete

Post a Comment