$17 Juta Dolar? Mahalnya! Inilah 5 Kasut High Heel Termahal Di Dunia 2020 – Manis Madu
Inilah 5 Kasut High Heel Termahal Di Dunia 2020

$17 Juta Dolar? Mahalnya! Inilah 5 Kasut High Heel Termahal Di Dunia 2020

Tahukah Maduners, 5 kasut termahal di dunia merangkumi kasut tumit tinggi dan stiletto wanita?

 

Selalunya kita pergi jalan-jalan tak fikir pun nak pakai kasut apa, kan? Yaya sendiri kadang-kadang pakai selipar jer kalau nak cepat. Bagi Yaya, keselesaan lebih penting daripada kecantikan yang memudaratkan. Selain itu, kalau pakai kasut tumit tinggi atau stiletto dengan kerap, ia mampu membahayakan tubuh badan.

 

Maduners boleh klik di SINI untuk info lebih lanjut!

 

Tapi kalau nak bergaya untuk special event, boleh saja pakai kasut tumit tinggi untuk lengkapkan gaya Maduners!

Walaupun ada segelintir orang yang prefer keselesaan, ramai juga yang menganggap kasut tumit tinggi dan stiletto yang dipakai sebagai lambang keyakinan diri! You own my respect!

 

Jadi, untuk high-heel lovers, inilah 5 kasut tumit tinggi dan stiletto yang paling mahal di dunia pada tahun 2020! Jom cuci mata.

#5 Stuart Weitzman Cinderella Slippers – $2 Juta

Stuart-Weitzman-Cinderella-Slippers

Sumber Gambar: moneyinc.com

Nampak simple, tapi mahal tauuu! Kasut yang direka oleh Stuart Weitzman ini diperbuat daripada Italian leather. Ada Maduners yang persoalkan, kenapa mahal sangat?

 

Mana taknya, kasut ini diinspirasikan oleh kartun princess Cinderella! Hiasan pada kasut pula menggunakan berlian 565 Kwiat, berlian 5 karat amaretto. Satu berlian pun dah berjuta dolar, cuba bayangkan bila digunakan sebagai pelengkap pada kasut?

#4 Stuart Weitzman Rita Hayworth Heels – $3 Juta

stuart-weitzmans-rita-hayworth-heels

Kasut tumit tinggi yang dihasilkan oleh Stuart Wietzman untuk selebriti Hollywood, Rita Hayworth. Yaya sangat tertarik dengan penggunaan satin berwarna sienna yang berkilat. Cantik!

 

Macam biasa, disebabkan kasut ini direka dengan menggunakan pelbagai jenis batu permata seperti rubi dan safir, harganya telah mencecah jutaan dolar.

#3 Harry Winston Ruby Slippers – $3 Juta

Harry-Winston-Ruby-Slippers-768

Menurut Beautiful Life, Harry Winston Ruby Slippers dihasilkan bersempena ulang tahun ke-50 filem klasik Hollywood, The Wizard of Oz. Megah gilerrr sambutan sehingga sanggup menghasilkan kasut berhiaskan 4.600 rubi dan berlian 50 karat!

#2 Debbie Wingham High Heels – $15.1 Juta

Debbie-Wingham-768px

Sumber Gambar: www.yournextshoes.com

Dari $3 juta bertukar ke $15.1 juta real quick! Dalam kelima-lima kasut tumit tinggi yang termahal di dunia, Debbie Wingham High Heels ini merupakan kasut yang mempunyai design yang paling unik!

 

Kasut tersebut diperbuat daripada platinum, emas tulen dan juga kulit yang disalut dengan cat emas 24 karat. Memang sudah semestinya mahal!

#1 Jada Dubai and Passion Jewelers Passion Diamond Shoes – $17 juta

Jada-Dubai-and-Passion-Jewelers-Passion-Diamond-Shoes-768

Sumber Gambar: www.passionjewellers.com

Dengan terjadinya kolaborasi antara Jada Dubai dan Passion Jewelers, maka terhasillah kasut termahal di dunia yang berharga $17 juta dolar! Lagi mahal daripada sebuah rumah!

 

Hiasan yang digunakan merangkumi sepasang berlian gred D 15 karat dan juga 238 berlian itu dihasilkan dalam tempoh 9 bulan! Cuba bayangkan betapa telitinya mereka dalam menghasilkan kasut ini. Patutlah mahal.

Glamour betul semua kasut-kasut ini! Patutlah harga pun glamour, betul tak? Yaya rasa Maduners sendiri perlu design kasut menggunakan emas dan permata, bolehlah jual dan untung besar!

Post a Comment