25 Kali Disuntik Demi Memiliki Bibir Terbesar Di Dunia – Manis Madu
Featured Image 1086

25 Kali Disuntik Demi Memiliki Bibir Terbesar Di Dunia

Memang dilihat lumrah bagi manusia terutamanya wanita untuk kelihatan lebih cantik dan menarik dalam pelbagai cara sekali pun.

 

Tetapi jangan sampai membahayakan diri sendiri.

 

Minat dan keinginan yang pelik berlaku apabila seorang wanita Bulgaria dikatakan terlalu obses untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia.

 

Walaupun doktor memberi amaran bahawa lebih banyak pembedahan yang dibuat boleh membunuhnya.

images-1

Andrea Ivanoca, 23, sanggup merisikokan nyawanya bagi menjalani pembedahan dan merancang untuk membesarkan payudara dan  mengubah rupanya seperti anak patung terkenal.

 

Andrea berkata dia sudah pun mempunyai 25 suntikan asid hyaluronic di bibirnya.

 

“Saiz sekarang masih belum cukup bagi saya dan saya akan menebalkan lagi bibir walaupun ia sudah hampir menyekat lubang hidung saya” – Andrea

 

Menurut The Sun, doktor yang merawat Andrea bagaimanpun sudah mengingatkan dia bahawa pembedahan yang terlalu banyak boleh memberi risiko kepadanya.

 

“Saya tidak peduli keranan saya tetap mahu capai impian bibir terbesar di dunia”- Andrea

 

“Ada orang yang menyukai saya dengan bibir yang lebih besar dan ada orang yang menyukai saya dengan bibir yang lebih kecil tetapi tidak menjadi masalah bagi saya, yang penting saya menyukainya”

 

Sumber Gambar: The Sun

Post a Comment