Dendangan Merdu Untuk Tahun Ini! Top 10 Lagu Paling Onzzz Di Malaysia Sepanjang 2020 – Manis Madu
Top 10 Lagu Paling Onzzz Di Malaysia Sepanjang 2020

Dendangan Merdu Untuk Tahun Ini! Top 10 Lagu Paling Onzzz Di Malaysia Sepanjang 2020

Tahun 2020 memang banyak lagu-lagu baru mula naik dalam industri muzik Malaysia. Terlalu banyak! Ada yang sedap dengar di halwa telinga, ada juga yang tak berapa ngam.

 

Tak mudah sebenarnya nak buat senarai 10 lagu terbaik ini, takut Madu kena kecam pula dengan netizen! Tapi untuk Maduners kena juga siapkan senarai ini!

#10 Shimmy – Andi Bernadee

Lagu bergenre pop yang catchy dinyanyikan oleh Andi Bernadee ini memang menarik, dengar sekali jerr tapi melekat terus di kepala!

#9 Adlina Marie – Haqiem Rusli

Ingat tak ada satu video viral tentang seorang budak perempuan ketika ziarah kubur ayah dia? Lagu Adlina Marie ini diinspirasikan oleh Haqiem Rusli daripada video itulah!

#8 Boneka – Ernie Zakri

Selain nyanyian yang merdu dari Ernie, music video bagi lagu ini juga menampilkan kelainan dari segi fesyen dan konsep. Memang unik dan lain daripada lain.

#7 Tanpa Rela – Misha Omar

Tanpa rela adalah single pertama ciptaan Misha Omar! Yang menariknya, lagu ini tercipta tanpa sengaja. Tapi hasil dia memang paduuu!

#6 Semalam – Aina Abdul

Kalau korang nak tahu, lagu ini adalah antara lagu yang tersenarai dalam 12 lagu yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35. Tak dinafikan, memang layak!

 

Kelunakan suara Aina Abdul memang tak boleh disangkal lagi, tak kira high note lagi mantap!

#5 Sakit – Yonnyboii dan Zynakal

Gabungan dua penyanyi muda ini memang tak mengecewakan! Lagu ini dikatakan sebagai tanda minta maaf daripada Zynakal selepas apa yang berlaku pada dia. Yonnyboii pula mengatakan, lagu ini menandakan bahawa dia akan sentiasa ada buat sahabatnya jika dia memerlukan sokongan dan bantuan. Salute!

#4 Purnama – Naim Daniel

Lagu Naim Daniel jarang lah tak menjadi! Dah dengar ke lagu baru dia ni? Music arrangement dia loveeeee sangat!

#3 Pulang – Gnello, Somean & MK K-Clique Feat. AJ

Buah tangan daripada Gnello, Somean & MK K-Clique Feat. AJ ini antara lagu yang trending di YouTube bagi tahun 2020! Siapa yang belum pernah dengar lagu ini, dengar dan hayatilah liriknya. Terbaik!

 

Lagu ini memang masuk sangat dengan tahun 2020, rindu kampung!

#2 Aku Bidadari Syurgamu – Datuk Siti Nurhaliza

Lagu ini antara lagu hits kerana menjadi lagu tema drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2. Tapi bukan beerti lagu ini menumpang populariti drama tersebut. Sama-sama naik orang kata.

 

Nak pula dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Memang feeling dengar!

#1 Peluang Kedua – Nabila Razali

Kalau tak disebut lagu ini, marah semua orang! Lirik hasil ciptaan Hael Husaini ini memang tak dapat dinafikan mempunyai maksud yang mendalam. Jika disampaikan dengan penuh perasaan, boleh meleleh air mata.

Lagu ini dinyanyikan oleh Nabila Razali dan boleh dikatakan lagu yang paling kerap menjadi bualan netizen dari awal release sampailah dah hujung tahun! Power betul penangan lagu ini.

 

Setuju tak dengan senarai lagu ini sebagai lagu best sepanjang tahun 2020? Jangan marah dengan senarai Madu, cuba Maduners bagi top 3 lagu terbaik tahun ini!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment