5 Destinasi Menarik Yang Wajib Korang Pergi Sekali Seumur Hidup! – Manis Madu
5 Destinasi Menarik Yang Wajib Korang Pergi Sekali Seumur Hidup

5 Destinasi Menarik Yang Wajib Korang Pergi Sekali Seumur Hidup!

Melancong ke luar negara sudah pasti menjadi idaman setiap orang untuk merasai pengalaman yang luar biasa walaupun hanya sekali seumur hidup.

 

Lebih-lebih lagi di musim pandemik ini, mesti ramai yang tak sabar nak lepaskan gian untuk pergi melancong.

 

Walaupun kes positif masih lagi mencanak naik, tapi Miera yakin satu hari nanti kita semua pasti akan dapat hidup macam dulu-dulu dan melancong ke serata dunia!

 

So, hari ini Miera nak kongsikan  dengan Maduners semua antara 5 tempat menarik yang wajib korang pergi!

#Perez Zeledon, Costa Rica

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hiking Tiquicia (@hikingtiquicia)

Kalau Maduners sejenis yang suka bercuti ke tempat yang tenang dan tak ramai orang, Perez Zeledon, Costa Rica ini adalah pilihan terbaik. 

 

Dengan lebih dari 150 ekar pemandangan semula jadi yang asli pasti banyak benda yang Maduners nak terokai termasuk ladang kopi, kampung-kampung terpencil dan hutan hujan yang subur. 

 

Di Perez Zeledon juga mempunyai komuniti pertanian tradisional yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang rimbun dan pelbagai jenis hidupan liar.

#Loire Valley, Perancis

Loire Valley, Perancis

Loire Valley ini sebenarnya  dah lama terkenal  dan Maduners boleh mendapatkan percutian yang sempurna jika berkunjung ke Paris. 

 

Loire Valley ini dikenali sebagai Taman Perancis yang penuh dengan ladang dan dusun. 

 

Loire Valley ini adalah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi sebab sepanjang perjalanan korang dapat melihat lebih banyak istana di Perancis dan kira-kira dalam 300 istana yang berbeza kesemuanya.

#Napa Valley, California

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Visit Napa Valley (@visitnapavalley)

Napa Valley California adalah sebuah destinasi pelancongan yang mewah dan mempunyai pengunjung yang ramai.

Kawasan yang selalu menjadi tumpuan pelancong adalah di  restorannya yang mewah, tempat penginapan yang selesa dan ladang anggur terkemuka. 

 

Rata-rata yang datang ke Napa Valley mesti akan berkunjung ke tempat berikut.

 

Kalau korang nak tahu, Napa  Valley ini pernah dinobatkan sebagai salah satu Tempat Terhebat di Dunia. Menarik kan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Visit Napa Valley (@visitnapavalley)

#Sardinia, Itali

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sardinia 🇮🇹 (@sardiniaguide)

Sardinia adalah salah satu destinasi percutian pulau terbaik dan paling disukai di Eropah sebab mempunyai pantai yang indah, pemandangan gunung berapi yang dramatik, makanan yang lazat dan suasana yang santai.

 

Sardinia, Itali ini mungkin akan menjadi salah satu pantai yang paling didambakan kalau Maduners dapat pergi dan melihat ke tempat ini secara realiti.

Di Sardinia juga terdapat  resort yang baru sahaja dibuka pada Jun 2021 dimana ia dikenali sebagai Baglioni Resort Sardinia yang terletak berhampiran dengan kawasan laut yang sangat cantik. 

 

Selain resort, banyak lagi tempat penginapan menarik yang boleh Maduners pilih untuk beristirahat sambil menikmati suasana hotel atau vila yang selesa.

#Kyoto, Jepun

Kyoto Jepun

Dalam banyak-banyak negara, jepun juga antara salah sebuah negara yang menjadi tarikan pelancong baik dari segi makanan, pakaian mahupun budaya-budaya lain.

 

Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah di Kyoto Jepun.

 

Kyoto muncul sebagai destinasi bandar Asia yang ikonik dan salah satu tempat yang wajib dikunjungi di Jepun.

 

Banyak perkara yang luar biasa yang boleh Maduners jumpa di Kyoto. Maduners boleh mengunjungi kuil-kuil emas, berjalan-jalan di kebun Kyoto, mencuba makanan Jepun dan mengambil bahagian dalam upacara minum teh.

 

Bukan itu sahaja, kalau sebelum ini Maduners hanya melihat geisha di kaca televisyen, tetapi dengan melancong di Kyoto , korang dapat melihatnya sendiri dengan mata kepala korang dimana ketika itu geisha akan mengenakan  pakaian kimono mewah dan solekan putih di muka. 

 

Senang cerita macam mana korang tengok di televisyen macam itulah realitinya. 

 

Banyak lagi tempat-tempat menarik serta pengalaman yang menakjubkan yang boleh korang dapat di Kyoto dan  pastinya tak ada di nagara sendiri.

 

Haa, jadi apa tunggu lagi? Maduners bolehlah masukkan senarai tempat melancong ini dalam jadual pelancongan Maduners! Yang penting duit kena ada dan kumpul dari sekarang!

Post a Comment