Pulau Kecewa Untuk Orang Putus Cinta? 5 Nama Daerah Mungkin Terpelik Korang Pernah Dengar! – Manis Madu
Pulau Kecewa Untuk Orang Putus Cinta 5 Nama Daerah Terpelik

Pulau Kecewa Untuk Orang Putus Cinta? 5 Nama Daerah Mungkin Terpelik Korang Pernah Dengar!

Jika dulu Madu pernah kongsikan dengan Maduners tentang bandar-bandar unik di seluruh dunia, kali ini Madu kongsikan pula nama daerah pelik yang wujud di dunia.

#5 Accident, Maryland, Amerika Syarikat

Accident, Maryland, Amerika Syarikat

Daerah Accident? Haa, pelik kan! Pekan Accident ini telah wujud sejak tahun 1786 di Maryland, Amerika Syarikat. Katanya, berlaku salah sangka antara dua orang pegawai tanah yang memeriksa kawasan tersebut sehingga kedua-duanya datang menilai di lokasi sama.

#4 Batman, Anatolia, Turki

Batman, Anatolia, Turki

Untuk pengetahuan Maduners, pada asalnya pekan Batman dinamakan Iluh sebelum kawasan itu menjadi lokasi pengeluar minyak terbesar di Turki. Ketika itu, sudah wujud sungai bernama Sungai Batman, maka bandar Iluh ditukarkan namanya kepada pekan Batman.

 

Madu ingat Batman character dalam filem jerr, rupanya daerah pun ada!

#3 Disappointment Island

Disappointment Island_Pulau Kecewa

Haa inilah Pulau Kecewa! Pulau ini terletak dalam gugusan pulau French Polynesia tetapi tidaklah dikhaskan buat orang putus cinta sahaja. Pulau ini juga dikatakan tidak akan mengecewakan pengunjungnya walaupun namanya begitu!

#2 China, Kagoshima, Jepun

China, Kagoshima, Jepun

Pekan ini bernama China tetapi terletak di Jepun. Unik betul! Pekan ini dikatakan mempunyai populasi seramai 6,000 orang serta memiliki salah satu pantai tercantik di Jepun. Pekan China bergantung dengan eksport pertanian bagi menjana ekonomi.

#1 Zzyzx, California

Zzyzx, California

Haa, macam mana korang nak sebut nama pekan ini? Zzyzx merupakan sebuah pekan kecil dan mempunyai pentadbiran sendiri. Pada asalnya, pekan ini dinamakan Soda Springs dan sejarah penamaan pekan ini agak unik.

 

Dikatakan seorang lelaki yang mengaku sebagai pendakwah Kristian bernama Curtis Springer membuka beberapa buah spa kecantikan di pekan berkenaan. 

 

Untuk menamakan spa tiruan yang dibukanya, Curtis Springer membuka kamus dan mencari perkataan terakhir yang ada di dalamnya. Perkataan ‘Zzyzx’ yang ditemukan menjadi sebab nama itu digunakan dan menjadi nama rasmi pekan tersebut. 

 

Kini pekan Zzyzx ditinggalkan begitu sahaja selepas Springer dihalau keluar kerana didakwa menipu pelanggan serta menjalankan perniagaan berbentuk muslihat.

 

Pelik dan unik tak nama-nama daerah ini?

Post a Comment