6 Tip Bantu Kurangkan Stress dan Keresahan Disebabkan Covid-19 – Manis Madu

6 Tip Bantu Kurangkan Stress dan Keresahan Disebabkan Covid-19

Madu tahu mesti ada sebilangan Maduners yang rasa tertekan dan resah berpunca daripada isu terkini iaitu penyebaran wabak Covid-19.

 

Bagi membantu Maduners yang mengalami masalah tersebut, Madu sediakan enam tip yang boleh Maduner lakukan di rumah sempena dengan perintah kawalan pergerakan di Malaysia.

1. Aktiviti Senaman Yoga

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Kalau Maduners nak tahu, aktiviti senaman yoga selalu dikaitkan sebagai senaman yang membantu mengurangkan tekanan dan keresahan.

 

Senaman yoga yang boleh dilakukan pelbagai kategori umur mengikut kesesuaian gaya yoga ini berfokuskan kepada teknik pernafasan.

 

Maduners yang nak cuba boleh tonton pelbagai video senaman yoga di Youtube!

2. Kurangkan Pengambilan Kafein

Mesti ada Maduners yang mempunyai rutin harian yang mana bangun pagi sahaja mesti minum kopi sebelum melakukan aktiviti lain.

 

Kafein yang terkandung dalam minuman seperti teh, chocolate dan sudah semestinya kopi, jika diambil secara berlebihan akan memberikan kesan buruk seperti keresahan.

 

Jadi Madu nasihatkan untuk kurangkan pengambilan kafein agar tidak mengalami masalah seperti keresahan yang menjejaskan aktiviti harian.

3. Mendengar Lagu

Photo by Kaboompics .com from Pexels

Antara aktiviti kesukaan Madu ialah mendengar lagu dan aktiviti ini juga boleh tolong kurangkan tekanan dan keresahan yang berlebihan.

 

Disebabkan perintah kawalan pergerakan berpunca daripada Covid-19, Maduners boleh luangkan masa di rumah dengan mendengar lagu.

 

Extra tip daripada Madu ialah Maduners boleh pilih lagu yang soothing supaya Maduners rasa tenang tanpa terlalu risau dengan isu Covid-19.

4. Latihan Kawalan Pernafasan

Sumber Gambar: TheFriendshipbench.org

Jika ada Maduners yang mengalami keresahan dan berasa tertekan boleh juga lakukan teknik breathe in breathe out.

 

Teknik kawalan pernafasan ini membantu merangsang sistem saraf parasimpatetik yang mengawal tindak balas relaksasi jadi Maduners akan berasa tenang selepas melakukan teknik ini.

5. Bermain Tik Tok

Maduners yang mengalami keresahan dan tekanan secara berlebihan adalah sangat bahaya jika dibiarkan berseorangan.

 

Jadi Madu bagi cadangan supaya boleh bermain aplikasi Tik Tok bersama ahli keluarga untuk mengelakkan daripada duduk berseorangan.

 

Maduners boleh berseronok dan memilih pelbagai variasi cabaran untuk dilakukan di aplikasi Tik Tok! Confirm tak bosan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TikTok 🇲🇾 Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TikTok 🇲🇾 Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TikTok 🇲🇾 Malaysia Official (@tiktok.malaysia) on

6. Lakukan Aktiviti DIY

Aktiviti DIY atau Do It Yourself  ini mesti selalu dilakukan oleh Maduners yang minat dengan seni dan kraf tangan.

 

Aktiviti seperti ini akan membuat Maduners leka kerana fokus dengan kreativiti melakukan kraf tangan sendiri dan mengurangkan tekanan dan keresahan Maduners sewaktu perintah kawalan pergerakan!

Post a Comment