7 Petanda Kanser Ovari Yang Korang Patut Risau, Salah Satu Simptom Cepat Rasa Kenyang?
Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari, iaitu sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Barah ini popular dengan gelaran “silent killer” dalam kalangan wanita dan merupakan jenis kanser yang paling berbahaya.
Hari ini Anis akan kongsikan simptom-simptom yang perlu Maduners ambil tahu sebelum terlambat.
#1 Pendarahan Berlebihan
Sumber Gambar: www.sehatq.com
Sebagai seorang wanita, berlakunya haid sebulan sekali adalah perkara yang normal. Tetapi jika pendarahan berlaku dalam tempoh terlalu lama dan darah yang banyak, ia menunjukkan simptom tidak normal bagi seorang wanita.
Hal ini terjadi disebabkan kanser ovari merangsang secara berlebihan terhadap pengeluaran estrogen dan ini boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal.
#2 Kerap Kencing
Lebih kerap kencing menjadi salah satu simptom utama kanser ovari. Walaupun jumlah air yang di minum adalah dalam kuantiti biasa tetapi mereka yang mempunyai tanda-tanda barah ovari akan lebih kerap buang air kecil.
Mungkin juga simptom ini merujuk kepada jangkitan saluran kencing, namun dalam sesetengah kes ia boleh menjadi barah. Maduners yang tiba-tiba rasa kerap kencing, mungkin ini petanda. Rujuk pakar dengan segera.
#3 Kembung Perut, Tidak Hadam Makanan Dengan Baik & Mual
Rasa kembung, ketidakhadaman dan mual melebihi 3 minggu adalah tidak normal. Perlu diketahui bahawa kembung perut boleh menjadi tanda berlakunya pertumbuhan tumor dalam ovari.
#4 Perubahan Selera Makan
Dalam sesetengah kes, perubahan tabiat makan yang ketara seperti cepat berasa kenyang juga merupakan salah satu simptom kanser ovari.
Barah kanser boleh menyebabkan pengumpulan cecair di sekeliling pinggul dan kawasan sekitar, dan ini yang membuatkan anda kenyang. Contohnya korang selalu makan 2 pinggan nasi tapi secara tiba-tiba makan nasi 1 pinggan pun dah kenyang. Haa jika berlaku simptom begini terlalu berpanjangan, segeralah berjumpa pakar.
#5 Kekejangan Yang Ekstrim
Sumber Gambar: drjeremyjohnstone.com
Kekejangan, senggugut atau period pain adalah perkara biasa yang berlaku ketika haid. Ramai wanita yang mengalami masalah ini namun itu adalah perkara normal. Yang tak normalnya bila berlaku kekejangan yang sangat teruk dan berlarutan. Misalnya berlaku kejang sebelum, semasa dan selepas haid. Jika perkara ini berlaku, pergilah berjumpa dengan pakar sakit puan segera.
#6 Sakit Belakang
Sakit belakang ketika haid juga adalah perkara biasa terjadi namun jika Maduners mengalami sakit belakang berpanjangan hingga mengganggu aktiviti harian, maka korang perlu berjaga-jaga. Rujuk dengan pakar jika simptom ini berlarutan kerana ia boleh menjadi petanda kanser ovari.
#7 Kesukaran Bernafas
Adakalanya pertumbuhan barah pada ovari dapat menghalang keupayaan seseorang untuk bernafas dengan baik.
Ia mungkin berpunca daripada pertumbuhan tersebut telah menolak semua organ-organ lain dan menyebabkan fungsi tubuh badan menjadi sukar bekerja.
Apa-apa pun, harus diingatkan, tak semestinya simptom-simptom ini berlaku, korang dah confirm kena barah ovari. Rujuk dengan doktor terlebih dahulu kemudian barulah pengesahan dapat dibuat.
~Stay Safe Maduners~