Hashtag Paling Popular Di Gunakan Di Aplikasi Twitter Malaysia, Dah Boleh Agak Rasanya Kedudukan Pertama! – Manis Madu
Hashtag Paling Popular Di Gunakan Di Aplikasi Twitter Malaysia

Hashtag Paling Popular Di Gunakan Di Aplikasi Twitter Malaysia, Dah Boleh Agak Rasanya Kedudukan Pertama!

Tak sangka dah hujung tahun pun dah Twitter dah keluarkan senarai hashtag paling banyak digunakan di Malaysia.

 

Sudah tentu dengan pandemik Covid-19 yang berlaku tahun ini, beberapa hashtag yang popular digunakan sudah tentu berkaitan dengan pandemik ini.

 

Statistik dan data sepanjang tahun 2020 yang berlaku pada platform sosial Twitter memang boleh dikatakan sangat menarik dan juga sedikit menyedihkan?

Twitter-2020-Malaysia-Hashtags

Sumber Gambar: amanz.my

Memang dah boleh sangka #covid19 mengungguli tangga pertama hashtag paling popular digunakan di Malaysia. Dah boleh agak rasanya sebab situasi yang berlaku sekarang dan #covid19 di tweet lebih 400 juta kali secara global!

 

Tempat kedua dan ketiga jatuh kepada #dudukrumah dan #kitajagakita bagi data hashtag paling popular di Malaysia. Yang tak disangka adalah #7harimencintaiku2 iaitu drama di televisyen Malaysia menduduki tempat ke-4 dan #newprofilepic di tangga ke-5.

2020-Most-Tweeted-about-Entertainers-in-Malaysia

Sumber Gambar: technave.com

Bagi data influencer/entertainer paling di tweet, Neelofa berada di tempat pertama diikuti dengan T.Vijay pelakon dari India di tangga ke-2 dan Mew Suppasit, pelakon dari Thailand di tangga ke-3. Penyanyi kebanggaan rakyat Malaysia, Yuna Zarai berada di tangga ke-4.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment