Banjir Besar Di Henan China Ragut 12 Nyawa, Jalan & Stesen Kereta Api Ditenggelami Air – Manis Madu
Jalan & Stesen Kereta Api Ditenggelami Air, Banjir Besar Di Henan China Ragut 12 Nyawa

Banjir Besar Di Henan China Ragut 12 Nyawa, Jalan & Stesen Kereta Api Ditenggelami Air

Perubahan cuaca tidak menentu di china pada ketika ini mengundang kebimbangan penduduk setempat.

 

Bermula dari malam tadi, hujan lebat dan berterusan itu telah menyebabkan banjir besar di beberapa bahagian wilayah Henan, China.

 

Menurut laporan BBC, lebih dari 10.000 orang di sekitar Henan telah dipindahkan ke tempat perlindungan sementara berikutan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.

 

Pihak berkuasa di situ mengesahkan setakat ini sebanyak 12 kematian telah dilaporkan di bandar Zhengzhou sejak air mula menaik.

 

Ekoran itu, terdapat banyak video dan gambar-gambar dikongsikan oleh pengguna twitter yang menunjukkan seluruh jalan ditenggelami air dan telah memusnahkan  harta benda akibat laluan air yang deras.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh @manyapan di laman twitternya, banjir yang berlaku juga dilihat  telah menyebabkan laluan tren bawah tanah tergendala sehingga menyebabkan penumpang terpaksa mengharungi air yang hampir ke paras bahu.

 

Perkhidmatan kereta api di bawah tanah di wilayah Henan itu mula dibanjiri selepas hujan lebat menyebabkan tebing sungai pecah.

Perkhidmatan kereta api telah dihentikan buat sementara waktu, begitu juga dengan lebuh raya dan syarikat-syarikat penerbangan. 

 

Pegawai pemerintah bagaimanapun telah memberi amaran kepada penduduk agar tinggal di rumah atau tempat yang selamat dan pastikan sentiasa mendapat maklumat terkini.

 

Jumlah hujan yang diterima sejak tiga hari lepas dilaporkan sama seperti biasanya dan akan diterima dalam satu tahun.

 

Hujan yang turun dijangka akan berterusan di rantau itu sekurang-kurangnya 24 jam ke hadapan.

Post a Comment