Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun Tapi Berat Badan Dah Cecah 45kg! – Manis Madu
Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun Tapi Berat Badan Dah Cecah 45kg

Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun Tapi Berat Badan Dah Cecah 45kg!

Memiliki berat badan berlebihan bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat setempat malah ia dikira sesuatu perkara yang biasa.

 

Tetapi apa yang membuatkan masalah ini menjadi serius apabila terdapat kanak-kanak yang baru berusia dua tahun tetapi sudah memiliki berat badan mencecah 45kg.

 

Khyati Varshney, 2 tahun, merupakan kanak-kanak perempuan termuda di India yang menjalani pembedahan bariatrik ekoran masalah berat badan yang melampau.

 

Menurut laporan Hindustan Times, berat badan kanak-kanak tersebut tidak sesuai dengan usianya yang masih kecil sehingga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk berjalan dan berisiko untuk menghadapi pelbagai penyakit kronik.

 

Doktor dari Hospital Max di Patparganj berkata, pihak mereka sendiri tidak dapat mengetahui apa punca sebenar kenaikan berat badan kanak-kanak tersebut.

 

Berat badannya yang berlebihan sering menyebabkan dia mengalami sleep apnea dimana pernafasannya terhenti mengejut semasa sedang tidur.

 

Ujian pernafasan ketika tidur yang dilakukan doktor beberapa hari sebelum pembedahan pula mendapati kadar oksigen kanak-kanak itu menurun sehingga 75 peratus.

 

Oksigen biasa yang sepatutnya dicapai adalah 95 peratus hingga 100 peratus.

 

Ibu bapa Khyati mula menyedari kenaikan berat badan anaknya sejak dia berusia tiga bulan.

 

“Pada usia-nya enam bulan beratnya melebihi 15 kg manakala sebelum pembedahan beratnya 45kg sedangkan ibu dia ketika itu 50kg” – Rahul Varshney

 

Doktor memberitahu mereka tidak pasti sama ada kegemukan yang dialami kanak-kanak ini disebabkan oleh masalah hormon atau genetik.

Post a Comment