Selamber Main Katak Macam Main Dengan Kucing! Kena Gigit Pun Boleh Ketawa – Manis Madu
Kena Gigit Pun Boleh Ketawa Selamber Main Dengan Katak Macam Main Dengan Kucing

Selamber Main Katak Macam Main Dengan Kucing! Kena Gigit Pun Boleh Ketawa

Katak merupakan salah satu haiwan amfibia yang paling ramai takut dan geli untuk mendekatinya.

 

Walaupun ada sesetengah katak hanyalah bersaiz kecil tetapi tekstur badan haiwan ini yang lembik dan berlendir menyebabkan ramai yang jijik dengannya.

 

Namun, lain pula ceritanya apabila salah seorang pengguna TikTok @aDyKaloY ada memuat naik video dia bermain bersama katak yang juga merupakan haiwan peliharaanya.

Apa yang lebih mencuit hati dan tidak boleh diterima dek akal apabila lelaki berkenaan siap menggeletek katak peliharaannya.

 

Menerusi video yang dimuat naiknya itu, katak tersebut pada awalnya dilihat menggigit tangan lelaki tersebut malah dia boleh ketawa tanpa rasa jijik.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah lelaki tersebut. Malah ramai juga yang menyuarakan rasa geli terhadap katak.

SS_i never tot that katak can be so jinak bro

“ Hadui ady.. I never thought that katak can be so jinak bro” – @rendihatimu

SS_aku punya trauma dgn haiwan ni

“Dia boleh main geletek lagi aku punyalah trauma dengan haiwan ni, ini kalau ada dekat sebelah kaki aku ni, sampai rumah jiran aku lari” – @farihinyin

SS_time kecik aku acah ke nak sepak katak

“Aku masih ingat lagi time kecik aku acah je nak sepak katak tapi katak tu yang lompat dekat kaki aku. Aku tak tahu lah mana dia terbang kena sepak” – @zami_iii

SS_oke bang saya sangat terhibur

“Ok bang, saya sangat terhibur bila katak tu kena geletek” -@nanaamaniiiiii

 

Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 15.9 Juta dan komen sebanyak 23.2k.

Post a Comment