Pelindung Matahari Tengah Viral Di Malaysia, The Best Sunscreen Ever!
Kalau sebut pasal pelindung matahari atau sunscreen, mesti ramai yang cuba elak topik ini sebab katanya tak rajin untuk pakai hari-hari.
Padahal Maduners sendiri pun dah tahu yang pelindung matahari ini sangat penting untuk kulit walaupun hanya duduk di rumah.
Memang tidak dinafikan bahawa ada sesetengah pelindung matahari yang mempunyai tekstur yang melekit dan berminyak sehinggakan ia memberi ketidakselesaan pada wajah, sebab itu ramai yang akan skip untuk pakai pelindung matahari.
Jadi, hari ini Miera nak kongsikan satu pelindung matahari terbaharu yang agak viral dan menjadi kesukaan ramai.
Maduners pernah tak dengar atau mungkin ada yang dah pernah cuba pelindung matahari terbaharu dari Biore sebelum ini?
Biore UV Aqua Rich Light Up Essence
Biore UV Aqua Rich Light Up Essence ini adalah produk pelindung sinaran matahari yang mempunyai formulasi terbaru dan bukan sahaja boleh melindungi kulit dari cahaya matahari tapi juga dikatakan boleh mencerahkan kulit!
Apa yang menariknya lagi pelindung matahari ini ia juga boleh digunakan pada wajah dan badan. Pelindung matahari ini jenis hybrid sebab ia mempunyai titanium dioxide dan beberapa jenis chemical filters yang lain.
Kalau Maduners jenis yang suka buat research tentang skincare, mesti familiar dengan nama-nama saintifik ini dan tahu apa kelebihan bahan-bahan tersebut.
Miera agak teruja dengan versi baru Biore UV Aqua Rich Essence ini sebab ia dikatakan dapat buat kulit muka nampak berkilau, berseri dan paling penting muka tak nampak kusam pun lepas digunakan.
Tekstur
Untuk teksturnya pula adalah jenis gel cream tetapi agak sedikit tebal berbanding watery essence. Pelindung matahari ini ada bau yang menyegarkan macam bau-bau bunga.
Pelindung matahari dari Biore ini kebanyakannya mengandungi alkohol termasuklah Biore UV Aqua Rich Light Up Essence ini. Tapi Maduners jangan risau sebab Maduners boleh buat patch test terlebih dahulu sebelum sapukan pada bahagian muka.
Kalau rasa sesuai dan tak ada naik merah-merah pada kulit teruskan sahaja pemakaiannya!
Tetapi salah satu kekurangan produk ini adalah ianya kurang sesuai bagi mereka yang berkulit sedikit gelap kerana suncreen ini akan buat kulit anda menjadi kelabu.
Jadi kalau Maduners berkulit cerah, suka pelindung matahari yang mencerahkan dan nak pelindung muka yang tidak mengeringkan kulit boleh cuba dapatkan Biore UV Aqua Rich Light Up Essence ini di Watsons dan Guardian.
Sumber Gambar: musingsofamuse, kiyokobeauty