Bibir Kusam, Merekah & Hitam? Tip Penjagaan Bibir Sihat! – Manis Madu
Tip Penjagaan Bibir Sihat

Bibir Kusam, Merekah & Hitam? Tip Penjagaan Bibir Sihat!

Selain penjagaan kulit wajah, penjagaan bibir juga adalah sangat penting terutama bagi kaum wanita.

 

Kalau Maduners nak tahu, bibir adalah salah satu aset penting yang perlu dijaga kerana bibir merupakan daya tarikan dan perhatian ramai.

 

Ramai yang mengambil mudah tentang penjagaan bibir. Cuba Maduners bayangkan macam mana rupa Maduners dengan bibir yang kering, merekah dan hitam? 

 

Jadi, bagi mengatasi masalah bibir seperti di atas, Maduners perlu mengambil berat tentang tip yang akan dikongsikan ini

#Memakai Pelembap Bibir

Memakai Pelembap Bibir

Setiap anggota badan pasti akan ada produk yang direka khas untuk bahagian-bahagian tertentu. Begitu juga dengan produk penjagaan bibir. 

 

Anda boleh dapatkan mana-mana pelembap bibir di farmasi, Guardian, Watsons atau mana-mana drug store yang berhampiran. 

 

Kalau nak pilih pelembap pun kena pastikan ia adalah berkualiti! 

 

Macam mana nak cari pelembab yang berkualiti? Pelembap yang berkualiti biasanya terdiri daripada minyak semula jadi, antioksidan dan mempunyai SPF yang baik.

 

Semua bahan itu sangat diperlukan sebab bibir kita ini adalah bahagian sensitif. Jadi, kalau tak pakai bahan yang selamat ia boleh menyebabkan bibir terbakar dan mungkin menghidap barah kulit.

#Exfoliate/Scrub

scrub juga penting untuk mendapatkan bibir yang sihat

Selain pelembap bibir, exfoliate yang dikenali sebagai proses pengelupasan atau scrub ini juga penting untuk mendapatkan bibir yang sihat dan kemerah-merahan. 

 

Exfoliate ini sangat menyegarkan sebab ia dapat bantu membuang sel kulit mati pada bibir. Anda akan rasa bibir jadi lembut lepas dah exfoliate.

 

Exfoliate menggunakan gula adalah salah satu kaedah terbaik kerana gula mengandungi humektan yang dapat mengekalkan kelembapan. 

 

Selain menggunakan gula, berus gigi juga dikatakan dapat membantu Maduners dalam menyingkirkan sel kulit mati. Tetapi pastikan berus  dalam keadaan yang lembut dan perlahan!

 

Maduners disarankan untuk exfoliate bibir sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu untuk mengelakkan kulit bibir menjadi semakin nipis.

#Elak Sentuh Bibir Secara Kerap

Elak Sentuh Bibir Secara Kerap

Ada sesetengah orang suka menyentuh bibir lagi-lagi kalau bibir mereka dalam keadaan kering dan merekah. 

 

Maduners perlu tahu bahawa kulit bibir adalah sangat rapuh terutamanya ketika bibir sedang kering dan mempunyai rekahan. 

 

Mengupas bibir yang kering akan mengundang bakteria dan virus. Tabiat ini akan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk.

#Jangan Gigit/ Menjilat Bibir

Jangan Gigit Menjilat Bibir

Ada tak dekat sini yang suka gigit atau menjilat bibir? Kalau Maduners adalah salah seorangnya sila berhenti berbuat demikian!

 

Memang tak dinafikan ada segelintir yang mempunyai tabiat menggigit  atau membasahkan bibir dengan air liur. Apa yang lebih teruk ada yang gigit bibir sampai naik luka jadinya.

 

Maduners selalu menganggap bahawa menjilat atau membasahkan bibir dengan air liur dapat melembapkan kulit bibir. Tapi hakikatnya salah! 

 

Air liur hanya akan mengeringkan lagi bibir kerana air liur bersifat cepat kering sekaligus membawa pergi kelembapan bibir.

 

Lepas ini kalau bibir kering atau merekah terus sapukan pelembap dan jangan sesekali basahkan bibir dengan air liur lagi!

#Bersih Mekap Pada Bibir

Bersih makeup pada bibir

Yang terakhir ini ramai juga yang buat dimana ramai Maduners hanya fokus membersihkan makeup pada kulit wajah tetapi tidak pada bibir.

 

Ada yang sengaja dan malas nak bersihkan makeup pada bibir sebab kononnya nak bibir nampak merah keesokan harinya. 

 

Cara ini salah kerana bibir akan memerangkap kotoran sekaligus menyebabkan kulit bibir susah bernafas. 

 

Sebaiknya lepas pakai lipstick, lipmate atau apa-apa sahaja makeup di bibir, Maduners diwajibkan membuang makeup tersebut menggunakan makeup remover atau cleansing oil

 

Dua produk itu dapat menanggalkan kotoran dan mekap pada bibir dengan mudah dan sempurna, lagi-lagi kalau suka pakai lipmate yang susah nak hilang. 

 

Bibir antara salah satu aset yang kita perlu jaga dengan baik kerana ianya merupakan salah satu bahagian fokus pada muka. Jadi kena jaga betul-betul!

Post a Comment