Tak Tahu Jenis Kulit Punca Breakout & Jerawat Makin Banyak!
Perkara paling basic sekali sebelum memakai apa-apa jenis produk kecantikan adalah dengan mengetahui jenis kulit muka terlebih dahulu. Adakah jenis kulit korang kering, berminyak, kombinasi atau sensitif?
Pernah tak, Maduners rasa dah pakai banyak produk tapi masalah jerawat, kulit kusam, tona tak sekata dan yang seangkatan dengannya tak juga hilang!
Sebenarnya, semua itu berpunca daripada pemilihan produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit korang. Jom ketahui cara-cara mengenal jenis kulit.
- Cuci Muka Seperti Biasa
- Basuh muka dengan pencuci muka yang selalu Maduners guna. Kemudian, bilas bersih-bersih. Pastikan sebelum buat ‘experiment’ ini, kulit korang dah cuci dan dalam keadaan bersih ya!
- Tunggu Selama 2 Jam
- Maduners jangan apply apa-apa di muka selepas cuci muka tau. Lebih elok, jangan lap air selepas cuci tadi. Biarkan jerr kulit kering sendiri selama 2 jam. Sepanjang menunggu, Maduners boleh buat aktiviti lain seperti biasa.
- Periksa Keadaan Kulit
- Selepas dua jam, Maduners periksa balik keadaan kulit dengan cara gerakkan muka (senyum, kerutkan dahi dan muka) dan lap pada bahagian T-zone serta seluruh muka menggunakan tisu atau blotting paper. Pastikan tangan dah dicuci bersih terlebih dahulu okay!
Kulit kering (Dry Skin)
Jika ketika gerakkan muka rasa ketat, kemudian pada tisu ada kulit yang flaky tertinggal, sangat kurang atau hampir tiada minyak pada blotting paper, bermakna Maduners memiliki kulit jenis kering!
Kulit Berminyak (Oily skin)
Kalau Maduners rasa kulit berminyak, melekit, berkilat selepas dua jam, ini petanda kulit berminyak. Jika tisu atau blotting paper yang dilap pada muka melekat dan terdapat kesan minyak, itulah oily skin!
Kulit Kombinasi (Combination skin)
Jika kulit Maduners berminyak di kawasan hidung, dahi and dahi jerr, tapi bahagian pipi rasa biasa/kering menandakan kulit korang jenis kombinasi.
Rujuk pula keadaan tisu dan blotting paper. Kalau helaian pada pipi terdapat minimum kesan minyak manakala T-zone pula terlebih/sangat banyak, ditambah pula ada flaky skin tertinggal pada tisu, memang sah kulit jenis kombinasi.
Kulit Normal (Normal skin)
Jika jumlah minyak terperangkap pada blotting paper selepas Maduners lap muka sangat minimum atau tiada, muka tak rasa ketat, tiada flaky skin tertinggal pada tisu dan tak rasa apa-apa selepas dua jam maksudnya kulit korang normal. So lucky!
Selain daripada keempat jenis kulit ini, terdapat dua keadaan kulit lainnya seperti kulit sensitif dan kulit berjerawat. Setuju tak kalau Madu cakap, kedua-dua jenis keadaan kulit ini adalah paling susah nak jaga!
Ciri-ciri kulit sensitif
- Mengelupas
- Kemerahan
- Ruam
- Bengkak, kerak dan kekasaran.
- Tahap yang paling teruk bila simptom-simptom ini disertakan dengan rasa gatal dan muka nampak macam terbakar sebab kemerahan.
Untuk kulit berjerawat pula sebenarnya ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
- Jerawat tidak meradang
- Jerawat meradang
Haa, lepas ini Maduners kena pastikan terlebih dahulu jenis kulit sebelum mencuba pakai apa-apa jenis produk!