IKEA Pun Ada Buffet Ramadan? RM29.90 Untuk Satu Kepala!
Jika sebelum ini tular buffet Ramadan di ladang Farm Fresh, kali ini tular pula buffet Ramadan di IKEA.
Seorang pemuda di laman sosial TikTok ada memuat naik pengalamannya berbuka puasa di IKEA Cheras. Rupanya IKEA pun ada buffet Ramadan!
@penaberkala #BukaPuasa Yeay, bufet Ramadan IKEA sudah start. Korang dah try belum? Nah, just in case korang plan nak gi berbuka kat sana nanti. Isnin sampai Khamis je, weekend takde guys. Hanya RM29.90/pax #IKEACheras ♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat
Menurut perkongsian tersebut, buffet Ramadan di IKEA berlangsung pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 7 petang hingga 9.30 malam.
Menariknya, pakej yang ditawarkan sangat berpatutan yang mana untuk dewasa hanya RM29.90 per pax manakala RM14.90 per pax untuk kanak-kanak.
“Bila kita beli tiket buffet ni, kita akan dapat reserved seat dan table. Lagi satu, menu harian dekat sini pun berbeza-beza. So, korang boleh pilih nak menu apa,” katanya dalam video tersebut.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat pelbagai aneka juadah dihidangkan seperti nasi kerabu ayam percik, pasta, meatballs dan pelbagai jenis hidangan pencuci mulut. Kuih muih Melayu pun ada!
Dengan harga RM29.90, hidangan yang disediakan sangatlah berbaloi dan puas hati.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan harga buffet tersebut dan kebanyakkannya tidak sabar untuk mencuba berbuka di sana.