Pilih Destinasi Sesuai ‘Kunci’ Percutian Dengan Anak-Anak Lancar & Seronok!
Bila sebut tentang percutian, tak ramai ibu bapa yang berani membawa bersama anak-anak berjalan jauh kerana bimbang mereka tantrum dan pasti menjejaskan ‘mood’ ketika bercuti.
Namun, perkara itu boleh diatasi dengan cara mencari tempat-tempat yang bersesuaian dengan jiwa mereka. So that, mereka juga akan enjoy trip tersebut dengan ibu bapa.
Hari ini Anis akan kongsikan beberapa tempat menarik yang sesuai untuk dilawati bersama anak-anak.
1. Australia
Di negara kangaroo ini, sememangnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan pastinya bersesuaian dengan jiwa anak-anak.
Antara tempat yang boleh dilawati adalah Perth Zoo, Aquarium of Western Australia, Marmion Marine Park dan Penguin Island. Mesti anak-anak teruja tengok gelagat haiwan-haiwan yang ada di sana. Lebih-lebih lagi penguin!
Bukan itu sahaja, Maduners juga boleh mengunjungi Margaret River Chocolate Company yang merupakan kilang coklat terbesar di Australia. Memang rugi kalau korang tak singgah di sini kerana bukan sahaja boleh masuk secara percuma, korang juga boleh merasa coklat-coklat yang dihasilkan secara percuma!
2. Jepun
Negara matahari terbit ini merupakan antara senarai teratas apabila bercakap tentang percutian. Negara yang bersih, penuh dengan ciri-ciri kebudayaan dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.
Apa lagi yang lebih mengujakan buat kanak-kanak selain taman tema! Di Jepun, terdapat beberapa taman tema yang boleh dikunjungi seperti DisneyLand & DisneySea, Universal Studios Japan dan juga LEGOLAND.
Selain itu, jika korang berhajat untuk memperkenalkan budaya Jepun, tempat yang wajib dikunjungi adalah Asakusa, Gion, Tokyo National Museum serta beberapa monumen istana. Memang terasa vibes budaya Jepun!
3. Korea
Korea juga merupakan negara yang penuh dengan pelbagai tarikan! Tidak kira untuk golongan remaja, dewasa malah untuk kanak-kanak juga terdapat banyak pilihan tempat untuk dikunjungi.
Lotte World Adventure Park, Everland Theme Park, Children’s Grand Park, Gwacheon National Science Museum adalah antara tempat-tempat yang wajib korang pergi bersama anak-anak jika ke Korea.
Aktiviti meluncur salji juga boleh dilakukan di Daemyung Vivaldi Ski Resort. Terbayang gelagat kanak-kanak yang gembira meluncur di kawasan bersalji seperti itu. Namun, perlu pastikan pakaian yang mereka pakai bersesuaian dengan cuaca ya!
4. Perancis
Perancis terkenal dengan tarikan kebudayaan dan muzium. Walaupun terdapat lebih banyak tarikan yang menarik minat orang dewasa, terdapat juga tempat-tempat di Perancis yang boleh menjadi tarikan besar buat anak-anak.
Tidak dapat dinafikan, keindahan Menara Eiffel merupakan tarikan terbesar di Perancis. Menara Eiffel yang menyala pada waktu malam bertambah-tambah cantik dan indah! Maduners boleh bawa anak-anak kesana untuk nikmati ‘view’ itu.
Di Perancis juga, korang boleh bawa anak-anak singgah di Disneyland Paris. Meskipun lebih kecil daripada taman tema Disneyland di California dan Walt Disney World di Florida, namun keseronokkannya tetap sama!
Jika anak-anak korang pencinta seni, sejarah dan sains maka muzium-muzium yang terdapat di sini sangat menepati ‘selera’ mereka.
5. Vietnam
Tak dapat dinafikan, Vietnam adalah salah satu negara yang paling ‘mesra keluarga’ untuk dikunjungi. Industri pelancongan di sana dikatakan benar-benar memenuhi keperluan kanak-kanak.
Jika anak-anak korang cenderung sukakan pantai, sejarah dan alam semula jadi, Vietnam will never go wrong!
Delta Mekong merupakan antara tempat yang membolehkan mereka belajar banyak perkara! Mereka boleh menaiki kanu di sebuah perkampungan kecil Vietnam, belajar tentang perang Vietnam dan boleh bermain pantai juga!
Tempat lain yang boleh dikunjungi termasuk Ho Chi Minh, Cu Chi Tunnel, Hoi An, Halong Bay, Hanoi dan Phu Quoc. Semua tempat ini mesra kanak-kanak dan selamat.
Menariknya tempat-tempat ini! Pengalaman percutian korang pasti berbeza jika korang berada di tempat yang sesuai. Ingat, jika bercuti bersama anak-anak, keutamaan bukan lagi tentang diri korang dan pasangan tetapi sepenuhnya pada anak-anak.
Sumber Gambar: Variety, Tripzilla, Japan Guide, Zaharah Johari