Wabak Virus Wuhan – Tiada Vaksin – Manis Madu

Wabak Virus Wuhan – Tiada Vaksin

China baru sahaja mengesahkan satu virus iaitu Novel Coronavirus atau lebih dikenali sebagai Virus Corona yang boleh berjangkit dari manusia ke manusia. Apa yang membimbangkan virus ini tiada lagi vaksin yang boleh menyekat daripada ia terus merebak.

Virus baru seperti ini biasanya berasal dari haiwan dan menjangkiti manusia apabila ada sentuhan atau daging yang telah tercemar dimakan. Di Wuhan, China, jangkitan virus tersebut berpunca dari South China Seafood Wholesale Market. Di pasar tersebut, selain ikan, ada haiwan lain termasuk ular, kelawar, arnab dan pelbagai lagi.

Closed Huanan wholesale seafood market, in the city of Wuhan, Hubei province, on January 12, 2020. Sumber Gambar: Business Insider Malaysia | NOEL CELIS/AFP via Getty Images

 

Penemuan terbaharu itu menambahkan lagi kerisauan kerajaan China menjelang Tahun Baru Cina yang akan berlangsung pada minggu ini dan bakal menyaksikan jutaan rakyatnya akan bergerak ke setiap wilayah di negara itu.

 

Sehingga 20 Januari 2020, seramai 222 individu telah disahkan dijangkiti. Selain dari China, negara lain yang telah mengesahkan kes positis Virus Corona ini adalah Jepun, Korea dan Thailand. Pada ketika ini, 3 kematian telah disahkan kerana menghidapi Virus Corona ini.

 

Di Malaysia pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah meningkatkan kawalan keselamatan dan mengaktifkan semua alat pengukur suhu badan manusia di pintu masuk utama antarabangsa. Saringan kesihatan di klinik dan hospital juga dipertingkatkan terutama melibatkan individu yang baru pulang dari negara China.

Bagaimana untuk cegah jangkitan Virus Corona?

  1. Pastikan daging dan telur dimasak dengan sempurna
  2. Elakkan menyentuh tanpa perlindungan dengan haiwan liar dan ternakan lading
  3. Tutup mulut jika batuk atau bersin
  4. Jangan makan daging yang telah rosak
  5. Kerap basuh tangan dan menggunakan ‘hand sanitizer’
  6. Elakkan bercampur rapat dengan individu bergejala

Kenali Tanda-Tanda Virus Corona

  1. Demam
  2. Batuk
  3. Cirit-birit
  4. Kesukaran untuk bernafas
  5. Gejala Gastro-intestinal

Dalam wabak-wabak sebelum ini, SARS dari China, MERScoV dari Saudi/Timur Tengah, Ebola dari Afrika, sekatan tidak pernah dilakukan kepada warganegara yang terlibat. Kawalan pintu sempadan di lapangan terbang utama dengan mengesan individu yang bergejalan sudah cukup berkesan.

Post a Comment