Cepat Layu & Berair, Wanita Kongsi Cara Buat Daun Ketumbar Sentiasa Segar! – Manis Madu
Cepat Layu & Berair, Wanita Kongsi Cara Buat Daun Ketumbar Sentiasa Segar!

Cepat Layu & Berair, Wanita Kongsi Cara Buat Daun Ketumbar Sentiasa Segar!

Niat di hati nak beli barang dapur banyak-banyak sekaligus supaya senang, tak perlu ke pasar tiap-tiap hari. Namun yang menjadi masalahnya adalah barang dapur kebiasaannya tidak tahan lama dan mudah rosak.

 

Sayur atau daun mudah menjadi layu, berair dan tak segar. Nak guna untuk masakan pun rasa tak best!

 

Ahaa, Maduners mungkin boleh ikuti tip yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Reen Aminuddin ini. Melalui satu video yang dimuat naik, Reen berkongsi tip bagaimana untuk mengekalkan kesegaran daun ketumbar. 

 

Bukan untuk daun ketumbar sahaja tau, tip ini juga boleh digunakan untuk bahan-bahan lain seperti daun sup, bawang putih, halia dan lain-lain.

Cara pertama:

  • Potong kecil daun ketumbar dan masukkan ke dalam ice tray.
  • Letakkan air ke dalam ice tray tersebut hingga semua daun tenggelam.
  • Masukkan ke dalam freezer.

 

Cara kedua:

  • Ambil segenggam daun ketumbar (tanpa dipotong), masukkan ke dalam satu bekas dan isikan air hingga semua daun tenggelam.
  • Tutup rapat bekas tersebut dan masukkan ke dalam peti sejuk.

 

Maduners boleh rujuk video di bawah:

@boss.reen Cara terbaik untuk mengekalkan kesegaran Daun Ketumbar. Thanks @mamayusuffntwin for the tips. #thebossreen #tiktokchef ♬ Feel Good Inc. – Gorillaz

Menurutnya, dengan cara ini, kesegaran daun ketumbar boleh bertahan sehingga hampir dua minggu. Menarik kan? Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment