Dah Penat Terpaksa Bersosial Di Malaysia, 5 Negara Ini Terbaik Untuk Didiami Introvert
Panggilan untuk introvert di Malaysia, dah penat terpaksa bersosial di Malaysia pada tahun 2022 ini? Artikel ini panggilan untuk anda pindah ke negara yang mesra introvert!
Macam mana itu negara yang mesra introvert? Maksudnya negara-negara ini mempunyai beberapa faktor yang menjadi sesuai untuk mereka yang lebih suka menyendiri berbanding terpaksa bersosial.
Kedudukan negara-negara yang Syaz bakal kongsi terbaik untuk introvert bercuti, lawatan bekerja mahupun pindah terus ke sana adalah berdasarkan daripada kajian yang dilakukan oleh Merchant Machine, sebuah laman sesawang dari United Kingdom.
1. Kanada
Bukan sesuatu yang mengejutkan bila Kanada berada di tangga pertama bagi negara terbaik untuk didiami introvert.
Mengalahkan negara-negara lain di kedudukan pertama, Kanada menjadi pilihan terbaik kerana menjaga keselamatan dan tahap privasi yang terjamin bagi penduduk di negara tersebut.
Dengan kira-kira empat orang setiap kilometer persegi, negara ketiga terbesar di dunia ini menawarkan banyak aktiviti riadah untuk dicuba, daripada mendaki melalui hutan tebal di Alberta hingga berkhemah berhampiran tasik air tawar di British Columbia yang sangat sesuai bagi mereka yang suka menyendiri. Boleh buat aktiviti secara solo!
Selain pemandangan semula jadi di negara ini, penduduk Kanada terkenal dengan kebaikan dan kesopanan mereka juga yang tahu menjaga batas antara satu sama lain, yang boleh membuatkan mana-mana introvert berasa dialu-alukan dalam masyarakat mereka.
2. Australia
Berada di tempat kedua dalam senarai negara mesra introvert ini ialah Australia, yang mempunyai kepadatan penduduk kira-kira tiga individu setiap kilometer persegi.
Walaupun bandar yang sibuk seperti Melbourne dan Sydney bagus untuk menyelami budaya dan seni, jangan lupa bahawa Australia juga terkenal dengan keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan seperti Twelve Apostles, Pulau Kangaroo dan Great Barrier Reef.
Pada bila-bila masa Maduners berasa ingin larikan diri dari kawasan sesak, anda akan dapati tiada limitasi pilihan kawasan yang boleh anda pilih untuk melakukan aktiviti solo!
3. Iceland
Mungkin ramai yang cakap terlalu sejuk tetapi Iceland berada di tangga ketiga negara terbaik untuk introvert! Sejuk memang sejuk tetapi dengan populasi yang tak terlalu ramai orang menjanjikan privasi terbaik untuk introvert!
Tahu tak Iceland mempunyai hanya sekitar empat orang setiap kilometer persegi? Dengan populasi kecil 342,631, negara pulau Nordic ini adalah salah satu negara introvert terbaik yang boleh dikunjungi atau berpindah.
Landskap dan pemandangan semula jadi yang dramatik menawarkan lebih daripada cukup kedamaian dan kesunyian untuk pengunjung yang berharap dapat mengecas semula bateri sosial mereka.
Lebih penting lagi, kadar jenayah yang rendah dan persekitaran yang aman menjadikannya tempat yang selamat untuk introvert yang sukakan aktiviti solo!
4. Rusia
Terbukti dengan fakta, Rusia merupakan negara terbesar di dunia dengan mempunyai keluasan tanah 17.1 juta kilometer persegi dan menjangkau 11 zon waktu. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kepadatan penduduk yang agak kecil daripada yang dijangkakan pada kira-kira sembilan orang setiap kilometer persegi.
Selain itu, ia sebenarnya salah satu negara yang paling mesra untuk introvert. Walaupun di bandar berpenduduk padat seperti Moscow, penduduk tempatan cenderung bersikap formal terhadap orang yang tidak dikenali dan menghormati ruang mereka.
Dari segi tempat untuk diterokai, anda akan temui banyak peluang untuk merentasi negara yang menakjubkan ini, daripada istana yang megah dan muzium tersergam di St. Petersburg hingga ke destinasi yang jauh seperti Tasik Baikal.
5. Finland
Jika work life balance bagi introvert yang anda cari, maka negara Finland pilihan terbaik untuk anda! Ramai yang mengiktiraf Finland sebagai destinasi hidupan liar yang popular dengan hutan dan tasik yang indah, dengan penjagaan kesihatan yang bagus dan pastinya mementingkan work life balance, tetapi tahu tak Finland juga terkenal sebagai tanah introvert?
Penduduk Finland sangat mementingkan batas soalan bila berbual jadi Maduners boleh bersembang dengan mereka dengan selesa tanpa risau dengan soalan yang terlalu personal akan ditanya atau berkongsi maklumat secara berlebihan.
Di Finland, tiada siapa yang akan memaksa anda untuk memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali. Itulah impian setiap introvert!
Itu dia top 5 negara terbaik untuk didiami oleh seorang introvert, jadi macam mana para introvert di Malaysia? Kalau dah penat terpaksa bersosial di Malaysia, cepat cepat rancang untuk pindah ke negara yang Syaz cadangkan ini, tinggal pilih saja! Good luck!