Minat Teknik Bibir Ombre Tapi Tak Tahu Cara, Perhatikan Formula Yang Diajar Wanita Ini! – Manis Madu
Minat Teknik Bibir Ombre Tapi Tak Tahu Cara

Minat Teknik Bibir Ombre Tapi Tak Tahu Cara, Perhatikan Formula Yang Diajar Wanita Ini!

Teknik solekan untuk bibir jenis ombre memang kerap menjadi pilihan wanita di Malaysia. Tak silap Anis, teknik ini mula popular dari Korea dan digunakan oleh idol-idol K-Pop. Kemudian, ramai yang mula belajar teknik ini dan gunakan dalam solekan harian.

 

Kesan ‘pucat’ di bahagian luar bibir dengan olesan warna yang lebih bold diletakkan di bahagian tengah bibir memang cantik pada pandangan mata!

 

Namun, tak semua wanita sudah menguasai teknik ini dan ada yang masih tercari-cari ‘formula’ untuk menghasilkan bibir ombre yang sempurna.

 

Di sini, Anis kongsikan semula perkongsian daripada @wnsyuhada_ di laman TikTok. Korang perhatikan betul-betul cara yang dibuat oleh Syu untuk mendapatkan hasil ombre yang terbaik.

1. Pertama sekali, korang apply warna nude di seluruh bibir dan tunggu sehingga kering terlebih dahulu sebelum apply warna bold.

Cari satu warna bold yang kontra dengan warna nude

2. Kemudian, cari satu warna bold yang betul-betul kontra dengan warna nude tadi supaya ombre yang cuba dihasilkan menjadi cantik dan menyerlah.

 

3. Letak di bahagian tengah bibir dan jangan apply banyak kali sekaligus. Apply satu lapisan dahulu dan tunggu 15 saat sebelum apply lapisan seterusnya.

Gunakan jari kelingking dan perhalusi garisan

4. Gunakan jari kelingking dan perhalusi garisan antara warna nude dan bold tadi. Boleh juga gunakan makeup brush. Then, tadaaaa! Dapatlah hasil ombre yang sempurna di bibir korang.

 

Ingat ya, untuk mendapat ombre yang sempurna, warna nude mestilah lebih besar daripada warna bold di dalam. Satu lagi, pemilihan warna bold haruslah lebih terang daripada warna nude.

 

Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment