Palsu! Angsa & Ikan Lumba-lumba di Terusan Venice Adalah Berita Palsu – Manis Madu

Palsu! Angsa & Ikan Lumba-lumba di Terusan Venice Adalah Berita Palsu

Maduners yang pernah melancong ke Itali mesti pernah berkunjung ke terusan Venice atau lebih dikenali sebagai Venice Canal.

Sumber Gambar: TheHill.com

Menurut sumber berita daripada NBC news, sudah hampir 60 tahun kewujudan terusan ini, hanya baru-baru ini saja terusan ini kelihatan jernih dan bersih.

Sumber Gambar: nypost.com

Perkara tersebut dilihat berpunca daripada kesan perintah berkurung yang dikenakan kepada rakyat Itali akibat daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin teruk di negara itu.

Sumber Gambar: nypost.com

Namun begitu, gambar yang dimuat naik oleh beberapa individu di media sosial menunjukkan haiwan seperti angsa dan ikan lumba-lumba berenang di terusan itu telah disahkan sebagai palsu.

Menurut sumber daripada National Geographic, gambar angsa yang viral dikatakan muncul semula di terusan Venice adalah palsu kerana angsa sememangnya selalu berada di terusan tersebut dan bukannya selepas perintah berkurung.

Sumber Gambar: Afar.com

 

View this post on Instagram

 

Venise 🎭 #flashback

A post shared by @ simonetti_cassandra on

Manakala, gambar ikan lumba-lumba yang dikatakan muncul di terusan tersebut juga telah disahkan palsu dan haiwan dalam gambar tersebut sebenar berada di sebuah pelabuhan di Sardinia.

 

Walaupun kini berita mengenai penularan mengenai Covid-19 semakin menyuramkan, pengguna media sosial diharap tidak menyebarkan berita palsu dan tidak sahih.

Post a Comment