Maklumat Terkini Kes Covid-19 di Seluruh Dunia
Hari demi hari, kes Covid-19 ni semakin lama semakin meningkat di seluruh dunia. Selain dari Malaysia, Maduners tahu tak keadaan di negara lain? Terutama sekali, kes Covid-19 yang paling tinggi. Mari kita lihat kes-kes terkini.
Amerika Syarikat
Kes yang paling tinggi ialah di Amerika Syarikat. Mereka mempunyai kes yang paling tertinggi antara negara-negara yang lain. Berdasarkan CNN, Perdana Menteri Amerika, Donald Trump lambat dalam membuat kawalan pergerakan untuk rakyatnya. Jika beliau bertindak lebih awal, peningkatan kes boleh dikawal.
Sepanyol
Kes kedua tertinggi ialah di Sepanyol. Fernando Simón seorang epidemiologi yang mengetuai kerajaan Sepanyol mengatakan bahawa “Sepanyol tidak akan mempunyai lebih dari beberapa kes dan virus ini tidak ada di Sepanyol”. Disebabkan itu, Sepanyol gagal dalam menyimpan peralatan perubatan, ujian dan peralatan perlindungan.
Itali
Seterusnya diikuti dengan negara Itali. Sebelum ini, negara ini mempunyai kes yang paling tinggi sebelum Amerika Syarikat. Dengan kawalan “lockdown” di negara ini, nombor kes Covid-19 terkawal. Akan tetapi, kesnya menaik perlahan jika dibandingkan pada hari pertama wabak ini meningkat.
German
Negara German berada di nombor keempat yang paling tinggi kesnya. Walaupun negara ini berada di nombor keempat, mereka dapat mengawal keadaan di sana dengan pertolongan “smartwatch app” untuk memantau penyebaran Coronavirus.
Philippines
Negara Philippine merupakan negara kedua paling tinggi kes Covid-19 di Asia Tenggara. Untuk mengawal keadaan di sana, kerajaan telah mengarahkan “lockdown” di negara tersebut. Berdasarkan CNBC, sesiapa yang keluar akan ditembak mati.
Singapura
Di Singapura, kes Covid-19 menaik perlahan-lahan. Walaupun begitu, negara ini dikenakan “partial lockdown”. Sesiapa yang melanggar peraturan akan dikenakan bayaran 7,000 US Dollars atau penjara selama 6 bulan.
Indonesia
Negara Indonesia pula mempunyai nombor kes Covid-19 yang tak terkiranya. Berdasarkan governor Jakarta dan West Javahave mencadangkan bahawa bilangan orang yang dijangkiti virus ini lebih tinggi bilangannya dari akaun rasmi kerajaan pusat.
Jika Maduners ingin tahu lebih lanjut tentang kes Covid-19 di seluruh dunia, Maduners boleh pergi laman web ini https://www.covidvisualizer.com untuk info perkembangan terkini.
Stay safe and stay home Maduners!
Sumber Gambar: CovidVisualizer