Inspektor Sinniah Tolong Pasangan Rusia, Terima Pujian Netizen – Manis Madu

Inspektor Sinniah Tolong Pasangan Rusia, Terima Pujian Netizen

Ikhlas membantu pasangan Rusia dan bayi mereka yang baru dilahirkan, Inspektor Sinniah menerima pujian daripada netizen di media sosial.

Inspektor Sinniah Rajoo yang berusia 31 tahun sedang bertugas melakukan sekatan jalan raya di Jalan Ampang menerima kejutan apabila terlihat pasangan Rusia bersama seorang bayi yang baru dilahirkan dan tidak berpakaian.

 

Inspektor Sinniah juga terkejut melihat bayi tersebut mempunyai tali pusat yang masih berdarah.

Menurut Harian Metro, Inspektor Sinniah dan juga seorang lagi anggota polis telah menolong pelancong Rusia yang melahirkan bayi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kerana tidak mempunyai sebarang wang lagi, pasangan Rusia tersebut tidak dapat melakukan apa-apa perkara untuk menjaga bayi tersebut.

 

Inspektor Sinniah dan seorang lagi anggota telah mengambil keputusan untuk membantu membersihkan bayi yang baru lahir tersebut.

 

“Saya juga bertanya mengenai bayi dan pasangan daripada Rusia tersebut mengaku telah melahirkan bayi di dalam hotel dan disambut sendiri oleh si suami.

 

Mereka juga telah kehabisan wang jadi saya mengambil keputusan untuk membantu mereka” kata Inspektor Sinniah sewaktu ditemu bual oleh Harian Metro.

Pasangan tersebut kedua-duanya berwarga Rusia dan berusia lingkungan 30-tahun, sedang melancong di Malaysia ketika krisis Covid-19 berlaku.

 

Pasangan tersebut dan juga bayi mereka telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan lanjut.

Post a Comment