Menu Pelik Raja Buah. Ada Yang Berani Cuba? – Manis Madu
Menu Pelik Raja Buah. Ada Yang Berani Cuba?

Menu Pelik Raja Buah. Ada Yang Berani Cuba?

Madu lalu mana-mana jalan raya pasti akan terserempak dengan gerai yang menjual durian. Manakan tidak, sekarang musim King of Fruit.

 

Maduners mesti tahu dekat Malaysia sendiri ada pelbagai jenis variasa durian. Tapi kita jarang nak ambil kisah pasal jenis durian, yang penting tahu nak makan saja.

 

Nak tahu apa menu pelik tapi sedap yang terhasil daripada sebiji durian? Jom tengok di bawah:

1. Kulit Durian Rebus

sayur-kulit-durian

Sumber Gambar: huhahuhajerr.com

Lepas apa yang Madu lihat, ada peminat makanan eksotik itu sendiri yang merebus kulit durian tersebut dan dimakan bersama nasi dan lauk.

 

Madu sendiri pelik dengan macam mana rasa kulit durian ini wehh. Kalau ada yang pernah cuba boleh ajak Madu makan sama-sama.

2. Kulit Durian Goreng

Memang Madu salute dengan netizen kita yang sememangnya kreatif dan orang kata kalau campak dalam hutan boleh survive. Pemilik Facebook Inilah JOHOR KU sendiri telah berkongsi menu Kulit Durian Goreng.

 

Maduners lepas tengok video ini kalau ada yang nak cuba jangan lupa untuk bagi feedback. Wahhhh sesungguhnya otak Madu pada saat ini tidak boleh berfikir dengan baik lepas tengok menu kulit durian ni.

3. Kerepek Biji Durian

Apa kata Maduners semua jangan sekadar menikmati isi durian dan membuang bijinya ke dalam tong sampah, sebaliknya memaksimumkan penggunaannya. Bukan sekadar isi durian sahaja, tetapi pada biji durian juga.

 

Pemilik akaun Facebook, Zakiah Abdullah telah berkongsi resepi dan tutorial untuk membuat kerepek biji durian yang dicipta olehnya.

Zakiah Abdullah Kerepek Durian

4. Lemang Sushi Durian

Lemang Sushi Durian

Kalau Maduners semua dah bosan makan durian bersama pulut atau cendol, apa kata korang semua pergi ke Kuala Pilah dan cari Lemang Sushi Pilah. Zuriati Sulaiman yang tampil berani dengan idea kreatif tersebut.

 

Masih mengekalkan cara penghasilan produk secara tradisional, dengan menggunakan santan, beras pulut dan daun pisang.

5. Pizza Durian

Kalau sampai sahaja musim durian ini, rangkaian restoran makanan segera mesti akan ambil peluang untuk inovasikan menu mereka. Pizza durian itu sendiri Madu pernah cuba, dan rasanya agak memuaskan hati Madu.

 

Kalau Maduners ada yang nak cuba menu edisi terhad ni, boleh cuba US Pizza yang terkenal dengan Pizza Durian D24. Kalau Pizza Hut pulak ada Durian Cheese Pizza. Fuhhh masing masing tak mahu kalah semua buat menu yang penuh KEJU-tan.

Tapi Madu nak nasihatkan tentang pengambilan durian ini, jangan makan terlalu banyak takut akan menjejaskan kesihatan kita.

Post a Comment