Apa Yang KFC Sudah Buat? Jangan Buang Menu Kesayangan Kami – Manis Madu
Apa Yang KFC Sudah Buat? Jangan Buang Menu Kesayangan Kami

Apa Yang KFC Sudah Buat? Jangan Buang Menu Kesayangan Kami

Apa akan jadi kalau KFC buang satu menu yang orang kata all-time favourite snacks kat Malaysia? Apa agaknya reaksi Maduners?

 

Kalau Maduners nak tahu, kesemua cawangan KFC di Amerika Syarikat telah mengeluarkan Potato Wedges daripada menunya dan telah menggantikan dengan fries.

kfc fries

Sumber Gambar: thrillist.com

Menurut Business Insider, KFC telah menguji menu baru sejak tahun lepas dan telah menjadi menu tetap pada tahun ini.

 

Dan katanya lagi, KFC masih di peringkat ujian untuk mengeluarkan satu lagi produk baru iaitu chicken sandwich.

 

Apa reaksi netizen di Amerika Syarikat bila dapat tahu menu tersebut dah dikeluarkan? Of course marah. Bayangkan macam mana nak makan chezzy wedges, kalau tak ada wedges. Oh my god!

Madu pun dapat rasa kesedihan rakyat di Amerika Syarikat sebab dah hilang nikmat untuk makan wedges.

 

Walaupun KFC jual sos keju, tapi kalau takde potato wedges. Menu Cheezy Wedges tetap tidak ada. It will never happen.

Bila Madu baca saja berita tentang KFC di Amerika Syarikat, Madu pun berfikir sejenak, adakah KFC di Malaysia bakal menghadapi situasi yang sama seperti di AS?

 

Apa Maduners rasa kalau KFC Malaysia keluarkan menu potato wedges dan gantikan dengan fries? For sure menu Cheesy Wedges akan hilang juga.

 

Rakyat Malaysia mesti akan singgah KFC demi Cheesy Wedges. Orang kata menu wajib beli. Bayangkan kalau menu tersebut dah tiada, kesannya kepada emosi kita!

Tetapi apa yang berlaku sekarang ini adalah di luar negara kita iaitu Amerika Syarikat. Di Malaysia, menu tersebut masih dijual seperti biasa dan tiada ura-ura yang menyatakan bahawa menu tersebut akan dikeluarkan.

 

Maduners jangan emosi, harap yang baik-baik sahaja agar menu cheezy wedges akan kekal di KFC Malaysia!

Post a Comment