Dari Domestik Terus Ke Antarabangsa! Tak Sangka Ini Dia Produk & Jenama Malaysia Terkenal Di Luar Negara
Walaupun hanya negara yang sederhana, Madu tetap bangga dengan Malaysia!
Kadang-kadang diri sendiri tak tahu yang ada begitu banyak produk berjenama dari Malaysia yang terkenal di serantau dunia. Dalam artikel kali ini, Madu nak kongsikan jenama Malaysia yang terkenal anatarabangsa.
1. Jimmy Choo
Sumber Gambar: https://www.instagram.com/jimmychoo
Menurut The Smart Local, pengasas jenama Jimmy Choo ialah Jimmy Choo sendiri yang belajar membuat kasut oleh ayahnya.
Jimmy Choo telah menetap di England selepas menyambung belajar, kemudian bakatnya telah menarik perhatian Vogue.
2. Life
Sos pun dieksport? Of courselah, yang pernah rasa sahaja tahu betapa sedapnya sos jenama Life! Jenama terbesar pengeluar sos di Malaysia ini ditubuhkan pada tahun 1978, dan sedang berkembang pesat hari demi hari.
3. Kawan Food
Sumber Gambar: https://www.facebook.com/kawanfood/
Tak sangka mat salleh pun minat makan paratha. Kalau nampak paratha sejuk-beku jenama Kawan Food di pasar raya, jangan segan silu untuk cuba sendiri, mesti sedap!
4. Old Town White Coffee
Sumber Gambar: https://www.instagram.com/oldtownwhitecoffee/
Kopi putih Ipoh yang paling kaw sekali! Untuk pengetahuan Maduners, Old Town White Coffee mengeksport produk minuman pra-campuran ke negara seperti Hong Kong, Canada, USA dan banyak lagi.
5. Jobstreet.com
Ya betul, aplikasi yang Maduners selalu pakai untuk cari kerja itu! Madu ingatkan hanya orang Malaysia yang menggunakan JobStreet, rupa-rupanya orang dari Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam pun sama.
Terkejut ke? Janganlah! Produk daripada Malaysia memang majoriti bagus-bagus belaka. Kalau tak percaya, jom support lokal!