5 Herba Yang Boleh Kurangkan Masalah Kegelisahan & Stress Korang. Siap Ada Herba Ashwagandha! – Manis Madu
5 Herba Yang Boleh Kurangkan Masalah Kegelisahan dan Stress

5 Herba Yang Boleh Kurangkan Masalah Kegelisahan & Stress Korang. Siap Ada Herba Ashwagandha!

Kegelisahan atau anxiety ini bukan suatu perkara yang boleh dibuat main tapi betul ke herba membantu redakan kegelisahan yang dialami?

 

Sebelum Yaya perkenalkan beberapa herba yang terbukti dapat mengawal kadar kegelisahan yang Maduners tempuhi dalam kehidupan seharian, tahukah korang semua tentang kegelisahan atau anxiety itu sendiri?

Anxiety atau kegelisahan merupakan tindak balas yang berlaku secara semula jadi apabila anda menghadapi tekanan atau stres.

 

Walaupun perasaan gelisah itu normal, segelintir orang menghadapi kegelisahan yang melampau dan boleh membahayakan diri.

 

Macam mana nak detect kalau anxiety disorder dalam keadaan yang teruk? Maduners boleh baca artikel penuh dengan hanya klik INI.

1. Lavender

lavender

Lavender telah pun digunakan dari zaman kuno lagi. Secara spesifik, ianya juga digunakan untuk kebanyakan masalah kesihatan mental termasuk anxiety, penyakit kulit dan lain-lain lagi.

 

Menurut Healthline, satu kajian di Taiwan mendapati bahawa dengan meminum teh yang mengandungi lavender setiap hari dalam 2 minggu, risiko kemurungan dan kegelisahan mampu menurun.

2. Ashwagandha

Ashwagandha

Ashwagandha, atau juga dikenali sebagai Withania somnifera merupakan herba yang mampu memberi impak positif kepada hormon dalam badan yang mengatur tindak balas tekanan seseorang.

 

Kalau Maduners nak cari herba ini, boleh dapatkan di farmasi berdekatan. Ia selalunya dijual dalam bentuk pil.

3. Chamomile

Chamomile_768

Rasanya, mesti ramai Maduners yang dah pernah jumpa teh chamomile di pasar raya. Betul tak? Medical News Today ada menyatakan bahawa chamomile berkesan untuk merawat generalized anxiety disorder (GAD) dalam jangka masa yang panjang.

 

Amaran: Kalau anda alah dengan ragweed, kekwa, marigold dan bunga aster, Maduners juga berisiko untuk mengalami alahan disebabkan chamomile. Periksa dulu kesihatan terutama mengenai alahan sebelum beli, okay?

4. Valerian

Valerian-768

Valerian merupakan herba yang mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah mengurangkan anxiety dan insomnia. Kepada gegirls yang selalu mengalami senggugut, Valerian juga mampu membantu redakan kesakitan, seperti yang dinyatakan oleh The University of Texas At El Paso.

5. Passionflower

Passionflower-768

Passionflower tau, bukan passion fruit! Medical News Today turut menyatakan bahawa pil yang mengandungi passionflower sama sifatnya seperti benzodiazepines, ubat yang dipreskripsikan oleh doktor untuk pesakit anxiety disorder.

Walaupun herba-herba ini jarang didengari Maduners, ia terbukti berkesan jika ada yang betul-betul ingin menangani masalah kegelisahan melampau. Kalau tak pasti tentang dos atau pun ubat yang bersesuaian dengan anda, Yaya recommend anda semua berjumpa dengan doktor pakar dahulu.

Post a Comment