8 Makanan Yang Korang Boleh Masak Guna Air Fryer! Senang, Mudah & Cepat!
Siapa kat sini ada air-fryer angkat tangan! Alat ini sesuai sangat untuk Maduners yang nak memudahkan proses memasak. Cepat, mudah dan korang tak perlu berdiri di depan kuali yang panas.
Plus, kita juga dapat menikmati makanan yang lebih sihat kerana alat ini tidak memerlukan penggunaan minyak. Best~kan?
Maduners mesti tertanya-tanya makanan apa yang kita boleh masak dengan menggunakan air-fryer kan? Haaa…tak perlu pening nak cari di Google sebab hari ni Madu nak sharekan list makanan-makanan sedap yang korang boleh masak melalui alat ini. Jom kita tengok!
1. Cookies dan Kek
View this post on Instagram
Madu ingatkan kalau nak buat cookies kena bakar dalam oven jerr, rupanya guna air-fryer pun boleh! Selain daripada biskut macam sugar cookies atau chocolate chips, korang juga boleh membuat kek lava. Cuma ubah suai sedikit resepi biskut dan kek yang sesuai untuk digunakan di dalam alat ini. Takut nanti tak jadi pula!
2. Ayam
View this post on Instagram
Ayam pun boleh? Betul ke? Betul sangat dan apa yang penting korang tak perlu menggunakan minyak apabila masak ayam menggunakan air-fryer. Sihat dan sedap!
Kalau kita tengok dalam gambar nampak macam digoreng dalam minyak yang penuh kan? Tapi hakikatnya bukan. Masukkan saja ayam yang dah diperap, kemudian set~kan pula suhu dan masa. Tunggu sahaja ayam korang masak, sambil-sambil boleh tengok Netflix!
3. Telur Rebus
View this post on Instagram
Kalau ada air-fryer tak perlu lagi rebuskan telur dalam air panas untuk mendapatkan telur rebus yang perfect. Masak sahaja dalam air-fryer dan ianya sedia untuk dikupas dan dimakan.
Bunyi macam pelik? Selalunya kena letak dapat air untuk rebus, sekarang semua benda dah mudah!
3. French Fries
View this post on Instagram
Peminat tegar French fries tak perlu lagi risau terhadap penggunaan minyak yang banyak. Untuk pengetahuan Maduners, memasak French fries dalam air-fryer akan mengurangkan peratus minyak sebanyak 75%! Haa bolehla makan sampai korang puas, tapi jangan banyak sangat pula. Yumms!
5. Popia/Karipap
View this post on Instagram
Selalu petang-petang mesti rasa nak makan popia atau karipap. Tapi kadang-kadang rasa leceh nak masak makanan ini, betul tak? Takpe jangan risau sebab air-fryer akan menjadi penyelamat anda!
Plus, popia atau karipap yang dimasak menggunakan alat ini akan membuatkan tekstur luarannya rangup manakala inti di dalam lembut dan sedap. Wah teringin pula Madu nak cuba sekarang!
6. Keropok Homemade
View this post on Instagram
Selain daripada French fries, korang juga boleh memasak keropok buatan sendiri dengan menggunakan alat ini. Letak sahaja keropok kegemaran anda, tidak kisah kentang, kangkong, seaweed atau lain-lain dan nikmatilah sampai korang kenyang.
7. Stik
View this post on Instagram
Teringin nak makan stik yang lembut di rumah? Guna sahaja alat ini. Korang tak perlu nak agak-agak bila stik ni nak siap sebab air-fryer akan mengeluarkan daging yang perfect! Korang hanya perlukan empat bahan sahaja iaitu stik, mentega, garam dan lada. Kalau nak extra letakkan bahan tambahan seperti rosemary dan bawang putih. Umphh confirm nak tambah!
8. Bebola Daging (Meatball)
View this post on Instagram
Korang juga boleh memasak bebola daging dengan menggunakan air-fryer! Tak payah susah-susah pergi Ikea untuk dapatkan bebola daging ni. Setkan suhu yang betul dan tunggu sahaja selama 15 minit dan ianya sedia untuk dimakan.
Sekarang Maduners mesti nak beli air-fryer kan? Banyak betul benefit yang korang boleh dapat dengan menggunakan alat ini!
~Stay Safe Maduners!~