Lagi Pedas Lagi Power, Ini Dia Sambal-Sambal Pedas Di Indonesia!
Negara jiran kita iaitu Indonesia mempunyai tahap kepedasan yang next level, betul tak? Madu memang tak boleh makan sambal-sambal yang dihidangkan oleh mereka. Kalau makan, kena berani tanggung akibatnya esok pagi!
Apa yang menarik lagi mengenai sambal Indonesia, ianya terdiri daripada pelbagai jenis dan resepinya pula diolah mengikut kegemaran tersendiri. Kalau Maduners peminat setia makanan pedas memang wajib cuba sambal-sambal Indonesia yang Madu mahu kongsikan.
1. Sambal Terong
View this post on Instagram
Madu rasa mesti korang dah pernah rasa sambal terong, betul tak? Kalau korang tak ingat….sambal ni selalunya dihidangkan dengan ayam penyet. Senang sahaja nak sediakan sambal ini.
Maduners hanya perlukan bawang merah, bawang putih, tomato dan terung sebagai bahan utama. Tumiskan bahan-bahan berikut dan tambahkan sedikit garam dan kuib ayam sebagai penambah rasa dan sambal korang sedia untuk dimakan!
2. Sambal Cabe Ijo
View this post on Instagram
Kalau Maduners teringin nak makan masakan dari Sumatera Barat memang wajib tambahkan sekali dengan sambal cabe ijo. Memang tak lengkap kalau tiada sambal ini! Warna sambal yang hijau datang dari cabai-cabai hijau sesuai untuk korang yang suka makan sambal yang tidak terlalu pedas.
3. Sambal Bawang
View this post on Instagram
Tengok warna yang merah menyala membuatkan Madu terliur kerana teringat kepada kepedasan sambal ini. Selalunya sambal ini dimakan sekali dengan ayam geprek.
Apa yang membuatkan sambal bawang ini lebih istimewa adalah minyak panas yang disiram atasnya sejurus sahaja ianya ditumus. Ummph memang sedap! Siapa yang tak tahan pedas confirm menangis!
4. Sambal Matah
View this post on Instagram
Sambal matah yang berasal dari daerah Bali ini membawa maksud ‘sambal mentah’. Rasa dia segar dan pedas sesuai untuk dimakan dengan apa sahaja yang Maduners nak seperti ayam goreng, makanan laut dan sebagainya. Potong sahaja bahan-bahan yang diperlukan dalam sambal ini dan gaulkan sehingga sekata. Madu teringinlah pula nak makan!
5. Sambal Dabu-Dabu
View this post on Instagram
Mesti ramai yang tak tahu pasal sambal dabu-dabu ini! Dabu-dabu ini merupakan bahasa Manado di Sulawesi Utara yang membawa maksud sambal.
Rasanya pula lebih kurang sama seperti sambal matah iaitu segar dan pedas. Tapi apa yang membezakan kedua-dua sambal ini adalah minyak panas yang disiram ke atas sambal sehingga ianya meresap ke dalam bahan.
6. Sambal Roa
View this post on Instagram
Sambal roa adalah antara sambal yang terkenal di Indonesia. Bahan utama yang buat sambal ini diminati oleh rakyat Indonesia adalah ikan roa yang sedap rasanya. Mantapppp!
Ianya juga dilengkapi dengan perasa dan bahan-bahan lain seperti cabai merah, cabai rawit dan tomato. Sesuai sangatlah kalau nak dijadikan sebagai hidangan sampingan bila nak makan nasi nanti!
Banyak betul jenis-jenis sambal mereka kan? Yang pastinya confirm pedas meletup-meletup! Kalau berani korang buatlah challenge makan sambal Indonesia.
~Stay Safe Maduners!~