Lisa Surihani & Yusry Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga – Manis Madu
Lisa-Surihani

Lisa Surihani & Yusry Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga

Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim semalam ada membuat pengumuman mengesahkan isterinya, Datin Lisa Surihani kini sedang berbadan dua. Wahh, tahniah!

 

Ini berikutan sekeping gambar yang dimuatnaik Yusry sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-9 menimbulkan tanda tanya apabila bentuk badan Lisa kelihatan seperti sedang hamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Tanpa terus berteka-teki, Yusry kemudian memuatnaik sekeping gambar beserta pengumuman tentang berita gembira itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

“Selepas saya muat naik gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung.

 

“Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan, mungkin kali ini tak perlu pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga.

 

“Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan dengan keluarga dan rakan rapat,” kongsi Yusry.

 

Menjengah ke ruangan komen, posting tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan kata-kata syukur daripada rakan artis dan juga peminat.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan sudah dikurniakan dua orang cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 dan Yusof Leonne, 5.

Post a Comment