Ernie Zakri, Syamel Selamat Bergelar Suami Isteri
Pasangan duet popular Ernie Zakri dan Syamel selamat diijabkabul sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada pukul 10:30 pagi tadi.
View this post on Instagram
Majlis akad nikah tersebut berlangsung secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor dihadiri 20 ahli keluarga terdekat sahaja dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Pasangan itu dinikahkan jurunikah, Ustaz Zainal dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.
Pada majlis itu, Ernie menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta seutas gelang tangan berlian namun wang hantaran tidak dinyatakan.
Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 3 April ini di sebuah lokasi di Kuala Lumpur. Tahniah Ernie dan Syamel!