Semakin Sembuh Daripada Penyakit Misteri, Akhirnya Nia Ramadhani Mengaku Sudah Boleh Ketawa – Manis Madu
Nia-Ramadhani-Semakin-Sembuh-Daripada-Penyakit-Misteri

Semakin Sembuh Daripada Penyakit Misteri, Akhirnya Nia Ramadhani Mengaku Sudah Boleh Ketawa

Pelakon jelita, Nia Ramadhani memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik selepas mendapatkan rawatan daripada pakar.

Menurut laporan DetikHot, Nia mendedahkan dia menghidap masalah kekurangan zat besi sehingga perlu mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar.

 

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini bagaimanapun enggan berkongsi lebih lanjut tentang penyakitnya itu namun memberitahu dia kini sudah mampu ketawa.

“Alhamdulillah sudah sihat dan boleh ketawa-ketawa. Ya, setiap sakit apatah lagi yang teruk lebih baik kita buat kajian dulu, cuma saya takut nak bercakap tentang hal ini.

 

“Tak perlu ceritalah ya, inshaallah apa yang saya rasa dan boleh kongsi untuk orang ramai, saya akan beritahu nanti. Cuma sekarang ini, jangan anggap remeh untuk penyakit sekecil apa pun,” ujarnya.

 

Pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada mengenai kesihatan tubuh.

 

“Kalau rasa badan tak sedap, terus lakukan pemeriksaan. Itu petanda daripada Tuhan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan badan.

 

“Jangan jadikan saya contoh kerana tidak buat pemeriksaan langsung kerana saya tidak suka jumpa doktor,” katanya.

Post a Comment