Niat ‘Saja-Saja’ Wanita Ini Bertukar Setelah Terperangkap Atas Patung Dinosaur – Manis Madu
Niat Saja-Saja Wanita Ini Bertukar Setelah Terperangkap Atas Patung Dinosaur

Niat ‘Saja-Saja’ Wanita Ini Bertukar Setelah Terperangkap Atas Patung Dinosaur

Malang tidak berbau! Inilah nasib yang menimpa seorang wanita di Washington setelah tindakannya memanjat sebuah patung dinosaur bertukar insiden menakutkan apabila terperangkap di atasnya.

Kejadian yang berlaku Isnin lalu memaksa pasukan penyelamat dipanggil untuk menyelamatkan wanita terbabit yang ketakutan kerana gagal untuk turun.

 

Difahamkan, dia yang gayat gagal untuk turun sendiri dan terpaksa bertahan di atas patung tersebut sebelum diselamatkan.

 

Wanita yang enggan namanya didedahkan berkata, dia sekadar suka-suka memanjat replika dinosaur jenis T-Rex itu.

 

Untuk rekod, patung itu merupakan sebahagian tarikan di taman berkenaan yang dibuka sejak tahun 1993. Ia menempatkan kira-kira 30 binaan konkrit berbentuk dinosaur. – Daily Star

Sumber Gambar: Daily Star

Post a Comment