Banyak Sangat Baju Raya Yang Moden Zaman Sekarang! Ini Dia 5 Baju Tradisional Wanita Zaman Dahulu
Mesti sekarang ini wanita-wanita dekat luar sana dah pening dah nak cari baju raya warna apa? Nak style yang macam mana kan?
Ha ini Madu nak tolong anda carikan jenis-jenis baju kurung yang mungkin anda boleh gayakan masa hari raya nanti.
Baju kurung dekat Malaysia ini ada banyak jenis jadi Madu nak terangkan satu-satu baju kurung yang sesuai anda pakai masa hari raya nanti!
#1 Baju Kurung Pahang
Sumber Gambar: Inhanna.com
Baju kurung ini mula-mula dulu diberi nama Baju Kurung Riau Pahang sebab dulu Riau dan Pahang ada jalinkan hubungan jadi baju inilah tanda hubungan itu.
Istimewa baju ini sebab ada pesak bunga dan pesak itu disambung dengan kekek gantung. Adat kalau nak pakai baju kurung ini, harus gunakan butang dengan bilangan ganjil sama ada tujuh atau sembilan.
#2 Baju Kurung Cekak Musang
Sumber Gambar: Habra.com
Untuk baju kurung yang ini, menurut cerita baju ini berasal dari negeri Johor.
Bukan itu jerr, baju kurung ini juga ada pengaruh Cina dan India yang mana potongan dia lebih kurang dengan Cheongsam dan Saree, kitakan negara berbilang kaum.
Antara keistimewaan cekak musang ini, baju ada kolar yang tinggi dan juga keras, berbeza dengan baju telok belanga.
#3 Baju Kurung Telok Belanga
Sumber Gambar: hanikunie.com
Baju kurung yang ini pun asal dari Johor dan baju ini sebenarnya direka khas masa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar dulu.
Masa itu, Sultan arahkan supaya semua baju wanita di negeri Johor dilabuhkan sampai bawah lutut dan juga tidak ada poket sebab nak jaga keselamatan wanita.
Baju ini lebih kurang dengan baju kurung Cekak Musang tapi lehernya bentuk bulat dan tak tinggi.
#4 Baju Kurung Pesak
Sumber Gambar: Harrison.com
Baju kurung jenis ini adalah asas kepada semua baju kurung.
Kiranya baju ini paling basic, bila ada baju ini barulah pereka fesyen dah ubah ke baju kurung yang terkini.
Jadi kalau anda sukakan gaya yang basic je masa hari raya bolehlah pakai baju kurung pesak ini!
#5 Baju Kurung Kedah
Sumber Gambar: bloomingcotton.com
Baju kurung ini dikatakan asalnya dari Selatan Thailand dan rekaan dia pun macam ala-ala blaus pendek di Thailand.
Keistimewaan baju ini ada potongan yang pendek berbanding baju kurung yang lain yang mana bajunya hanya paras atas punggung saja.
Biasanya, baju kurung ini gunakan kain yang nipis dan sejuk macam kain cotton. Selain itu, kain untuk baju ini biasanya orang lama kenakan dengan kain sarung.
Sebenarnya ini antara pakaian wanita yang paling asas, zaman sekarang dah banyak gaya dan fesyen gaya moden digabungkan dengan gaya tradisional untuk ikut arus moden zaman sekarang!