Buku Masakan Milik Marilyn Monroe Dilelong Pada Harga RM306, 654! – Manis Madu
Buku Masakan Milik Marilyn Monroe Dilelong Pada Harga RM306, 654

Buku Masakan Milik Marilyn Monroe Dilelong Pada Harga RM306, 654!

Dua buah buku masakan milik pelakon klasik popular Amerika Syarikat (AS), Marilyn Monroe dijangka dilelong pada harga antara AS$50,000 (RM206, 436) hingga AS$75,000 (RM309, 654), lapor akhbar New York Post semalam.

 

Buku yang diterbitkan pada tahun 1950-an yang berjudul ‘The New Fanny Farmer Boston Cooking-School Cook Book’ dan ‘The New Joy of Cooking’ itu berdasarkan sisi kehidupan kulinari bintang simbol seks tersebut.

buku masakan milik Marilyn Monroe dilelong

Sumber gambar: nypost

 

Buku-buku itu turut mengandungi senarai barangan dapur, kad perniagaan yang beralamat di Beverly Hills, yang ditulis dengan tulisan tangan Monroe serta jadual dietnya.

 

Manakala, jadual diet aktres itu memaparkan senarai pilihan makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam termasuk snek lewat pagi serta lewat petang. 

 

Monroe dalam satu temu bual dengan majalah Pageant pada tahun 1952 berkata, dia sering diberitahu bahawa tabiat pemakanannya adalah aneh.

 

“Sebelum saya mandi pada waktu pagi, saya memanaskan secawan susu di dalam sebuah pinggan panas. 

 

“Kemudian, saya memecahkan dua biji telur mentah ke dalam susu tersebut, mengacaunya dengan garfu dan minum sambil bersiap serta mengambil pil vitamin.

 

“Manakala untuk makan malam, saya akan singgah di sebuah pasar berhampiran hotel untuk membeli stik, lamb chop dan hati lembu, yang kemudiannya dibakar menggunakan ketuhar elektrik di dalam bilik saya,” katanya.

 

Buku-buku masakan tersebut bakal dilelong dalam satu acara lelongan anjuran firma lelongan, Siegel Auction Galleries di bandar New York bermula 22 Jun ini.

Post a Comment