Apple Lancar iOS 15, Peminat Tegar Gelar Apple Hanya Tangkap Muat? – Manis Madu
Apple Lancar iOS 15, Peminat Tegar Gelar Apple Hanya Tangkap Muat

Apple Lancar iOS 15, Peminat Tegar Gelar Apple Hanya Tangkap Muat?

Bagi kebanyakan pengguna setia jenama Apple, kemaskini iOS merupakan antara perkara yang paling dinanti-nanti.

 

Namun, penerimaan terhadap pengumuman mengenai spesifikasi terbaru yang terdapat pada iOS 15 yang diumumkan semalam ketika majlis pelancarannya iaitu Worldwide Developers Conference 2021 (WWDC21) nampaknya tidak menerima sambutan yang menggalakkan ketika ini.

 

WWDC merupakan sebuah majlis yang yang diadakan oleh Apple pada setiap tahun dengan tujuan untuk memberitahu kepada penggunanya mengenai spesifikasi-spesifikasi terbaru baru yang terdapat pada rangkain produknya.

 

Pada tahun ini, sistem yang terlibat adalah  iOS 15, MacOS Monterrey, iPadOS 15, tvOS 15, watchOS 8, AirPods Software.

 

Fokus lebih banyak diberikan kepada iOS 15 apabila rata-rata mereka yang menonton majlis tersebut semalam merasakan spesifikasi baru yang ditonjolkan oleh Apple hanya sekadar tangkap muat dan tidak banyak perubahan dari iOS sebelumnya iaitu iOS 14.

 

Antara kemaskini baru yang terdapat pada iOS 15 ialah fungsi mendengar lagu bersama rakan ketika dalam talian telefon.

 

Selain itu, aplikasi Focus yang memberi keutamaan kepada notifikasi yang penting, menyambung skrin telefon pada skrin televisyen melalui Apple TV, dan juga fungsi Facetime kini boleh digunakan bersama rakan Android dan juga Windows.

Screenshot_ios-15-preview-Invite anyone-to-FaceTime

Sumber Gambar : iOS 15 Preview – Apple

 

Namun, kebanyakan dari pengguna Apple tidak menunjukkan reaksi positif terhadap perubahan ini kerana secara keseluruhannya Apple tidak membuat sebarang kemaskini terbaru terhadap interface iOS 15.

Post a Comment