Abang Sulung Tipu Tidak Boleh Hadir Majlis Perkahwinan Adik, Akhirnya Muncul Pakai Kostum! – Manis Madu
Abang Sulung Tipu Tidak Boleh Hadir Majlis Perkahwinan Adik, Akhirnya Muncul DalaKostum

Abang Sulung Tipu Tidak Boleh Hadir Majlis Perkahwinan Adik, Akhirnya Muncul Pakai Kostum!

Kehadiran ahli keluarga ketika majlis perkahwinan dilihat sebagai pelengkap. Tanpa mereka, majlis kurang berseri dan meriah. Lebih-lebih lagi ahli keluarga terdekat dan rapat dengan kita.

 

Baru-baru ini tular di laman TikTok satu video menunjukkan pasangan pengantin didatangi maskot panda pada hari perkahwinan mereka.

Video itu menunjukkan pengantin perempuan sedang menangis sambil memeluk maskot terebut.

 

Rupa-rupanya di dalam maskot itu adalah abang pengantin yang pada awalnya dikatakan sengaja menipu adiknya untuk tidak hadir ketika majlis perkahwinan atas urusan kerja.

 

“Maafkan along kerana tipu kakak, cakap along kerja dan tak dapat hadir masa majlis perkahwinan. Sebab along nak buat kakak nangis. Lepas ni dah ada tempat mengadu baru. Harap kakak bahagia dengan pasangan pilihan hati,” tulis keterangan video tersebut.

 

Video dimuat naik @pakciknarong itu telah mencapai 608.8k tontonan, 42.9k serta 279 komen.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan keakraban yang ditunjukkan antara adik-beradik ini. Tidak kurang juga ada daripadanya mengimbau kenangan bersama adik-beradik sendiri.

Post a Comment