Ada Salmonella! Mentega Kacang Jif Digesa Tarik Balik Dari Pasaran – Manis Madu
Ada Salmonella! Mentega Kacang Jif Digesa Tarik Balik Dari Pasaran

Ada Salmonella! Mentega Kacang Jif Digesa Tarik Balik Dari Pasaran

Sebelum ini, coklat popular jenama Kinder sudah diwartakan untuk ditarik balik gara-gara terkait bakteria Salmonella.

 

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram @markchic melaporkan, mentega kacang jenama Jif pula digesa untuk menarik balik produk itu dari pasaran atas sebab yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jif Peanut Butter (@jifbrand)

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam satu kenyataan, kementeriannya mendapati produk tersebut dibimbangi tercemar dengan bakteria Salmonella melalui makluman daripada International Food Safety Authorities Network (INFOSAN).

 

“Notis tersebut menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA) mengarahkan penarikan semula mentega kacang Jif yang dijangkiti Salmonella dengan nombor kumpulan 1274425 sehingga 21404425, dengan 425 di nombor digit terakhir 425, kerana telah tercemar dengan bakteria Salmonella.

 

“Mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara termasuk Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan Malaysia,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham.

 

Jika terdapat mana-mana individu yang sudah membeli mentega kacang jenama ini, periksa nombor keluaran bermula dari 1274425 hingga 2140425 (dengan nombor akhir 425) untuk elakkan daripada menggunakannya.

 

Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang telah diproses, jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna.

Post a Comment