Pengadu Tarik Balik Laporan, Da’i Syed Bebas Tuduhan 2 Pertuduhan Jenayah Seksual – Manis Madu
Pengadu Tarik Balik Laporan, Da’i Syed Bebas Tuduhan 2 Pertuduhan Jenayah Seksual

Pengadu Tarik Balik Laporan, Da’i Syed Bebas Tuduhan 2 Pertuduhan Jenayah Seksual

Pendakwah selebriti, Da’i Syed sebelum ini berdepan dua pertuduhan membabitkan jenayah seksual yang memperuntukkan 30 tahun penjara, jika sabit kesalahan.

 

Namun, baru-baru ini, pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.

 

Rentetan itu, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros untuk Da’i Syed, dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan.

 

“Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” katanya.

 

Terdahulu pendakwaaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang diarahkan ke atas tertuduh itu dilepas tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 (2).

 

“Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNAA. Ia memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya sehingga pengadu beberapa kali mencederakan diri sendiri dan mempunyai ‘Death Wishes’ (keinginan mati)”, kata Norhashimah.

 

Menurut Norhashimah perintah DNAA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dan tidak perlu rasa terbeban malah sebelum ini dilepas dengan ikat jamin.

 

Peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, wajar untuk berasa simpati kepada mangsa, namun mahkamah telah menetapkan sebanyak 13 kali tarikh termasuk sebutan kes namun pengadu sendiri telah menarik balik laporan.

 

Jelasnya lagi, ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan.

Post a Comment