Adik Foodpanda Berbasikal Hantar Makanan Undang Simpati Netizen, Ramai Tampil Untuk Bantu – Manis Madu
Adik Foodpanda Berbasikal Hantar Makanan Undang Simpati Netizen

Adik Foodpanda Berbasikal Hantar Makanan Undang Simpati Netizen, Ramai Tampil Untuk Bantu

Sejak wabak Covid-19 merencatkan seluruh aktiviti di dunia, terdapat pelbagai perubahan yang berlaku samada terhadap negara mahupun individu. Harus diakui, terlalu banyak pihak yang terkesan akibat pandemik ini.

 

Di Malaysia, kita sekali lagi perlu berperang dengan virus ini kerana angka kes yang semakin tidak terkawal sejak sambutan hari raya Aidilfitri yang lalu.

 

Rentetan itu, semakin ramai individu yang terhimpit dengan situasi ini dan rela melakukan apa-apa pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.

 

Menurut sebuah perkongsian di laman Facebook, kisah seorang remaja lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan menyentuh hati pelayar sosial media.

Dikatakan remaja berkenaan berbasikal ketika membuat penghantaran makanan di tengah cuaca yang panas terik.

 

Kejadian yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan ini dikongsi dan mendapat perhatian warganet.

Rata-rata meluahkan rasa simpati dan mendoakan remaja hebat ini agar dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang berhasrat untuk membantu remaja lelaki berkenaan termasuk menghadiahkan motosikal buatnya.

 

Madu doakan semoga adik ini diberi kelancaran dalam segala urusannya. Paling penting adalah berusaha. Terbaik!

Post a Comment