Minum Clorox Untuk Cuci Perut, Lelaki Ini Dikecam Teruk Oleh Netizen – Manis Madu
Minum Clorox Untuk Cuci Perut, Lelaki Ini Dikecam Teruk Oleh Netizen

Minum Clorox Untuk Cuci Perut, Lelaki Ini Dikecam Teruk Oleh Netizen

Melalui video yang berdurasi 1.16 saat itu, seorang lelaki menunjukkan demonstrasi bagaimana Clorox boleh melarutkan sebatian minuman berwarna merah bertukar kepada putih.

Menerusi video berkenaan juga, lelaki berkenaan mendakwa bahawa Clorox mampu mencuci perut dan membuang segala racun di dalam badan.

 

Namun, video tersebut menimbulkan rasa tidak senang kepada kebanyakan pengguna Twitter kerana terdapat pelekat Covid-19 pada botol Clorox terbabit sehingga ramai orang menganggap Clorox mampu mengubati wabak Covid-19.

 

Ramai juga menyatakan kebimbangan apabila melihat video sedemikian kerana risau ianya akan tular dan menyebabkan ramai salah faham di kalangan golongan berusia.

 

Pengguna Twitter dengan nama akaun @azmanrocks berkata, Clorox adalah sejenis bahan yang mempunyai peluntur dan tidak hairanlah jika air berkenaan bertukar menjadi putih.

Rata-rata yang memberi komen terhadap video tersebut mengecam sekeras-kerasnya tindakan lelaki terbabit kerana penularan video ini akan menyebabkan risiko lebih ramai orang akan menolak vaksin.

 

Dalam sebuah komen lain pengguna Twitter, beliau menyatakan bahawa lelaki berkenaan bukanlah ingin menunjukkan Clorox mampu mengubati Covid-19 namun mendakwa lelaki berkenaan adalah pengasas kepada jenama kopi yang digunakan dalam video terbabit dan ingin menunjukkan bahawa kopi jenama beliau mampu menghilangkan apa jua jenis racun di dalam badan.

 

Namun, kebanyakan dari respon yang diterima di ruangan komen menunjukkan rasa tidak puas hati dan demonstrasi tersebut sepatutnya tidak dilakukan.

kebanyakan respon di ruangan komen menunjukkan rasa tidak puas hati

Clorox ataupun bahan peluntur lain adalah sejenis bahan yang bersifat menghakis maka ianya sama sekali langsung tidak sesuai untuk diminum.

 

Elakkan penularan berita palsu dan sama-sama kita hentikan cubaan untuk menyebarkan maklumat yang kurang sahih.

 

Dapatkan vaksin segera demi keselamatan anda dan keluarga.

Sumber: Asyraf Hightech

Post a Comment