Air Selepas Banjir Keruh Macam ‘Teh Tarik’! Wanita Persoal Tindakan Pihak Atasan – Manis Madu
Air Selepas Banjir Keruh Macam ‘Teh Tarik’! Wanita Persoal Tindakan Pihak Atasan

Air Selepas Banjir Keruh Macam ‘Teh Tarik’! Wanita Persoal Tindakan Pihak Atasan

Bencana banjir baru-baru ini disifatkan sebagai satu ‘teguran alam’ buat kita. Sikap kita yang selama ini mengambil mudah isu penjagaan alam sekitar ternyata memberi balasan buruk!

 

Rentetan itu, baru-baru ini melalui laman TikTok, seorang wanita menerusi akaun @mamatpcm ada berkongsi sebuah video menunjukkan keadaan pasca banjir di Lata Jarum, Raub, Pahang.

@mamatpcmPadu puan Sri Syed Sabrina presiden peka Malaysia terbaik.. Bongkar… Jalan terus♬ bunyi asal – mamatpcm

Difahamkan, bencana banjir kali ini meninggalkan kesan yang lebih buruk meskipun air sudah surut.

 

“Saya nak tunjuk, semenjak saya di sini saya tak pernah tengok air sekeruh teh tarik ye. Macam mana hujan lebat pun, dia punya air selalunya warna hitam, lepas tu dia akan okay balik.

 

“Tapi ini macam dah jadi teh tarik ya. Tak pernah saya tengok Sungai Dong dekat Lantai Jarum ni sampai begini airnya ya. Minta pejabat hutan beri penjelasan kenapa air macam ni,” luahnya.

Lata 2 (1)

Wanita itu juga mendakwa keadaan air yang seperti ‘teh tarik’ itu seperti berpunca daripada pembukaan hutan secara besar-besaran.

 

“Saya tak faham kenapa mereka buka jalan ini sebesar-besarnya, dah macam highway. Tak tau lah apa mereka nak buat, katanya nak buat jalan. Jalan untuk apa saya tak faham.

 

“Sepatutnya dalam tu (merujuk kepada hutan) adalah hutan simpan ya. Hutan simpan, “high conservation value forest”. Ini tempat kawasan Rafflesia tapi kenapa mereka buka jalan itu sebesar highway kat dalam tu,” tambahnya.

 

Di media sosial lain seperti Twitter dan Instagram, hangat juga isu pembalakan haram dan pembukaan hutan di negeri Pahang ini dibincangkan ya!

Post a Comment