Akibat Dengki Dalam Perniagaan, Wanita Tanggung Derita Disantau
Maduners pernah tak dengar cerita ‘gangguan’ yang dialami para peniaga selama mereka menguruskan perniagaan. Pasti cerita seperti kedai orang ‘tak nampak’, masakan di kedai makan menjadi basi tanpa sebab, bau busuk di premis dan kejadian-kejadian lain Maduners pernah dengar.
Tak kurang juga gangguan terhadap pemilik perniagaan itu sendiri seperti sakit-sakit badan berpanjangan, tidak tenteram dan lain-lain.
Ini juga yang terjadi kepada seorang pengusaha butik dikenali sebagai Puan Juliza berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya akibat hasad dengki.
View this post on Instagram
Menurut perkongsiannya di TikTok, Puan Juliza berkata dia telah diganggu sejak 2019 lagi sehingga menyebabkan orang-orang di sekelilingnya juga turut terkena tempias. Malah, adik serta anak buahnya yang masih kecil juga turut menjadi mangsa!
Antara perkara mistik yang pernah dilaluinya adalah perut tiba-tiba membusung selain masalah kesihatan yang lain.
@_julizzAndai masa boleh Di putar Aku tak nak jumpa org yg kianat Aku..♬ original sound – Nadya Mahdi
Menurut Kisah Dunia, meskipun telah berubat dan sembuh, ujian Puan Juliza tidak terhenti di situ sebaliknya terus diganggu gangguan yang seolah tiada henti. Dia juga memaklumkan pernah terpaksa lupakan niat untuk bekerja mencari rezeki kerana gangguan yang dialami.
@_julizzPart ni aku x tahan sakit..dada sakit sukar bernafas..aku down gila waktu ni 😭 dh biasa keluar berniaga Tp ape pn tak leh buat..♬ original sound – Julizz
Hingga kini, video yang dikongsi telah tular dan mendapat lebih 6 juta tontonan di laman TikTok.
Mengulas lanjut mengenai peristiwa itu, ibu kepada dua orang anak ini berharap dalang di sebalik gangguan yang dialaminya kembali semula pada Yang Maha Esa. Dia juga menyarankan agar para peniaga sentiasa berhati-hati dengan ancaman sihir ini.