Alahai… Disangka ‘Awek Cun’ Rupanya Pakcik 50 Tahun! – Manis Madu
Disangka ‘Awek Cun’ Rupanya Pakcik 50 Tahun

Alahai… Disangka ‘Awek Cun’ Rupanya Pakcik 50 Tahun!

Ramai peminat kepada penunggang motosikal wanita muda ini terkejut apabila mendapati individu yang mereka minati adalah lelaki berusia 50 tahun!

 

‘Biker’ warga Jepun berkenaan atau lebih dikenali sebagai @azusagakuyuki meraih ramai pengikut di media sosial selepas mempamerkan foto-foto dirinya bergaya bersama motosikal atau menunggang di jalan.

Selain memuatkan cerita berkaitan minatnya terhadap motosikal, dia turut memuat naik beberapa gambar dirinya terbaring di atas katil.

 

Siapa jerr tak tertipu bila lihat penampilannya yang memiliki rambut panjang berwarna perang, solekan mata dan mempunyai ciri-ciri feminin. Madu pun tengok comelnya ‘perempuan’ ini!

Namun begitu, satu program TV Jepun telah berjaya membongkar perkara sebenar apabila seorang kru merakamkan aksinya ketika menanggalkan topi keledar.

 

Ia kemudian mendedahkan wanita itu sebenarnya adalah seorang lelaki berusia pertengahan, dengan rambut ikal mayang.

 

Tidak menafikan perkara itu, lelaki tersebut mengaku bahawa dia ‘memancing’ peminatnya dengan menggunakan aplikasi seperti FaceApp dan Photoshop bagi mengubah wajahnya untuk kelihatan feminin dan tidak kelihatan seperti ‘pakcik’.

 

Menurut lelaki itu, dia seronok dengan proses ‘mencantikkan diri’ kerana ia dapat membantu menambah jumlah pengikut di Instagram.

Post a Comment