Ambil Semangat Mat Kilau! Aksi Kanak-Kanak Perempuan Bersilat Raih Pujian – Manis Madu
Ambil Semangat Mat Kilau! Aksi Kanak-Kanak Perempuan Bersilat Raih Pujian

Ambil Semangat Mat Kilau! Aksi Kanak-Kanak Perempuan Bersilat Raih Pujian

Sejak tayangan filem Mat Kilau di pawagam, sedikit sebanyak telah menyuntik jiwa anak muda untuk mempelajari seni mempertahankan diri tradisi iaitu silat.

 

Tidak kurang juga klip video aksi silat menjadi tular dan mendapat perhatian ramai di media sosial seperti mana video tular di media sosial menunjukkan lakonan aksi silat yang dilakukan oleh beberapa pemain silat di sebuah majlis.

Apa yang menarik perhatian adalah gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang begitu lincah bersilat melawan jejaka-jejaka yang memiliki fizikal lebih besar darinya.

 

Dapat dilihat dalam video berkenaan, kanak-kanak itu berdepan dengan ‘lawannya’ dengan yakin dan berani. Siap betulkan tudung, comel betul!

@aidilzakariaaa.co Reply to @adhawantdied Semua dibantai bosskur😎.#fypシ ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Rata-rata warganet di ruangan komen memuji kecomelan aksi kanak-kanak perempuan berkenaan.

 

“Bangga dengan kanak-kanak ini,”

 

“Dalam tak sedar 15 kali aku ulang video ni! Comelnya diaaa,”

 

“Bagus dik, kecil-kecil dah belajar ilmu seni pertahankan diri,”

 

Wah, lepas ini makin ramai ibu bapa nak hantar anak-anak belajar silat! Seni mempertahankan diri memang penting diajar pada anak-anak di zaman sekarang.

Post a Comment