Anak Amyra Rosli Jatuh Sakit, Ibu Bapa Kena Pantau Simptom Virus Kawasaki! – Manis Madu
Anak Amyra Rosli Jatuh Sakit, Ibu Bapa Kena Pantau Simptom Virus Kawasaki!

Anak Amyra Rosli Jatuh Sakit, Ibu Bapa Kena Pantau Simptom Virus Kawasaki!

Baru-baru ini, anak selebriti Amyra Rosli dikhabarkan dijangkiti virus Kawasaki. Virus ini biasanya menjangkiti budak bawah 5 tahun dan boleh memberi kesan pada jantung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Rentetan daripada itu, akaun @MyHeartAssoc melalui hantaran di Twitter berkongsi tentang virus berkenaan.

Untuk pengetahuan Maduners, virus Kawasaki pertama kali direkodkan ialah pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki. Lebih 75% pesakit Kawasaki ialah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun dan selalu menyebabkan penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak!

 

Difahamkan jika virus berkenaan dapat dikesan dan di rawat awal, biasanya dapat pulih dalam masa beberapa hari. Namun, penyebab utama virus ini masih belum dikenal pasti tapi penyakit ini tak berjangkit.

 

Ini adalah tanda dan simptom virus kawasaki:

 

  • Demam panas antara 38.3-39.4 melebihi 4 hari tak sembuh dengan ubat demam biasa. Simptom lain akan muncul dalam tempoh 14 hari sejak demam bermula.
  • Kelenjar membesar terutamanya di leher
  • Tangan atau tapak kaki membengkak dan menjadi kemerahan
  • Konjunktivitis, iaitu mata merah tapi tak berair
  • Lidah merah dan bengkak serta pecah bibir
  • Ruam yang sangat teruk pada kulit
  • Kemerahan pada tempat suntikan BCG
  • Kulit terkupas pada hujung jari tangan dan kaki selepas 2 minggu.

 

Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil berusia 5 tahun ke bawah, Madu harap akan lebih cakna dengan tahap kesihatan anak-anak supaya dapat mencegah virus ini lebih awal.

Post a Comment