Geramnya Tengok! Kertas Iklan Melekat Di Cermin Kereta, Wanita Luah Rasa Marah – Manis Madu
Geramnya Tengok! Kertas Iklan Melekat Di Cermin Kereta, Wanita Luah Rasa Marah

Geramnya Tengok! Kertas Iklan Melekat Di Cermin Kereta, Wanita Luah Rasa Marah

Rasanya dah menjadi kebiasaan kalau parking kereta akan ada ‘surat cinta’ diselitkan di bahagian hadapan kereta.

 

Perkara ini tidak mendatangkan apa-apa masalah sehingga terdapat satu video yang dimuat naik di laman TikTok meluahkan rasa geram apabila kertas iklan yang ditinggalkan melekat di cermin kereta.

@amieraanuwarJangan letak kat cermin lah! Sakit jiwa sebab dia melekat harey! 😡

♬ original sound – Amiera Anuwar

“Eeiii aku nak marah! Kau tengok cermin aku, lain kali jangan letak dekat sini kalau abang kakak yang nak menjual pun. Bila hujan, habis! Eeiii geramnya aku!” ujarnya dalam video berkenaan.

 

Dalam video itu, dapat dilihat kertas iklan yang ditinggalkan di keretanya melekat di cermin gara-gara ditimpa air hujan.

 

Rata-rata netizen turut memahami dan berkongsi pengalaman terjadi perkara yang sama.

 

“Ya betul, kadang-kadang geram. Motor atau kereta sama je. Kalau kat motor melekat kat raga. Baru cuci motor, dia letak situ dan hujan, habis…” komen seorang netizen.

 

Selain itu, netizen juga berseloroh kerana merasa seolah dimarahi wanita berkenaan.

 

“Asal rasa macam kena marah jugak?” komen salah seorang netizen.

 

“Rasa macam kena marah depan-depan” tambah netizen lain.

Post a Comment