Anak Malaysia Sekali Lagi Ukir Kejayaan, Ainil Asyikin Rangkul Anugerah Cemerlang Di Amerika Syarikat! – Manis Madu
Anak Malaysia Sekali Lagi Ukir Kejayaan, Ainil Asyikin Rangkul Anugerah Cemerlang Di Amerika Syarikat!

Anak Malaysia Sekali Lagi Ukir Kejayaan, Ainil Asyikin Rangkul Anugerah Cemerlang Di Amerika Syarikat!

Sekali lagi seorang anak kelahiran Malaysia mengukir kejayaan di luar negara!

 

Baru-baru ini, pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Princeton University, New Jersey kelahiran Malaysia, Ainil Asyikin Norazman dicalonkan dalam pertubuhan profesional antarabangsa Sigma Xi.

 

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, Majlis Amanah Rakyat (MARA) Amerika Syarikat menzahirkan penghargaan kepada Ainil atas kecemerlangannya di tempat pertama yang melayakkan beliau menerima ‘The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research’ serta wang tunai berjumlah USD$2,000.

Capture (1)

Menurut kenyataan MARA, anugerah yang diterima Ainil itu adalah atas kajian mengupas penyelesaian permasalahan dalam bidang industri pembuatan kepada penggunaan teknik yang boleh menjimatkan masa dan kos kepakaran dalam mengesan sesuatu kerosakan.

 

“Atas kecemerlangan ini juga, nama beliau telah dicalonkan untuk berada dalam Sigma Xi, salah sebuah pertubuhan profesional antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai displin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

 

“Terdapat lebih 200 penerima anugerah Nobel dunia merupakan ahli kepada Sigma Xi seperti Albert Einstein (Theory of Relativity), Enrico Fermi (Creator 1st Nuclear Reactor), Linus Pualing (American Biochemist), Francis Crick (DNA molecular biologist), James Watson (Geneticist) dan John Goodenough (Scientist),” katanya dalam kenyataan sama.

285308700_129521539746835_6483172913807033203_n (1)

Difahamkan, Ainil mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal bermula Ogos 2017 di Princeton University, New Jersey yang merupakan salah sebuah Universiti dalam Ivy League.

 

Ainil juga merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan dan penerima Anugerah Biasiswa Perdana yang melayakkan beliau membuat persediaan ke luar negara di bawah United World College bertempat di IB World School, Las Vegas, New Mexico.

 

“Moga kejayaan ini diteruskan seterusnya mengharumkan nama MARA dan Malaysia pada masa akan datang. Syabas diucapkan!” ujar MARA lagi.

Post a Comment